Anak Ibu Sembelit!!!

1:43 PTG


Melihat wajah si comel menahan sakit ketika meneran sudah sukup membuat airmata ibu menitik. Ibu tidak sanggup melihat si comel ibu menangis. Menangis kerana menahan diri dari membuang air besar! Mungkin kerana terasa sakit ketika membuang, si comel ibu menahan diri untuk meneran. Apakah punca anak ibu sembelit? Salah susu formula kah? Itulah yang doktor cakap.

Mula-mula bayi tak berak mungkin untuk mencari keserasian susu formula tu. Tapi kalau dah 2 @ 3 minggu bayi masih berak sembelit, kurangkan kuantiti susu formula. Bancuh cair-cair. Tapi kalau dah cair pun masih sembelit, tukar lah susu.

Ibu akui bukan mudah untuk mengetahui susu formula tersebut serasi dengan si comel atau tidak. Setelah membuat sedikit kajian dan pengalaman ibu-ibu di forum, barulah ibu berani mencari susu formula baru. Inilah susu-susu formula yang pernah anak ibu minum.



S26 – Dari ibu keluar wad, susu inilah yang diminum oleh si comel gara-gara susu badanku yang hanya sedikit. Belum urut lagi. Si comel minum dengan selera sekali.(memang si comel ni bagi apa-apa pun selera saja termasuklah air masak). Ketika usia si comel 6 hari, jururawat masyarakat datang melawat buat kali pertama di rumah. Hari itu hari isnin. Saat lampin pakai buangnya di buka, terdapat 3 ketul tahiknya, bulat-bulat. Jururawat menasihatkan agar aku kurangkan kuantiti susu formula. Bancuh cair sahaja. Ibu mengikut nasihatnya. Tetapi si comel tetap tidak membuang hari-hari.


S26 Gold – Punca sebenar menggunakan susu formula ini adalah kerana tersalah beli. Ibu dan ayah tidak berapa ingat pek S26. Kebetulan di pasaraya tersebut hanya ada S26 Gold. Ibu membuat kesimpulan bahawa susu itu adalah susu yang sama, walhal terdapat susu yang berbeza-beza meskipun namanya sama. Sungguh ibu akui ibu cetek ilmu mengenai susu formula. Harga juga berbeza dengan sebelum ini. Lebih mahal. Si comel minum seperti biasa tetapi tetap tidak membuang hari-hari. Kadang kala sampai 3 hari. Dan si comel meneran tiap kali membuang hingga merah-merah muka. Pastinya dia menangis sekali. Dan ibu turut menangis di dalam hati. Susu badan ibu tetap sedikit walaupun sudah diurut dan makan pelbagai makanan yang boleh menambah susu badan.(sedih woo). Walhal, susu yang dibancuh sudah dikurangkan kuantiti scoopnya.


Novalac IT – Susu ini menjadi pilihan apabila disyorkan oleh pekerja di sebuah farmasi. Rumusan khas untuk bayi yang sembelit. Si comel membuang hari-hari tetapi kuantiti pembuangannya amat-amat lah banyak sehingga ibu tertanya-tanya adakah badan si comel menyerap khasiat yang terkandung dalam susu tersebut. Si comel minum susu ini selama sebulan lebih. Oleh kerana susu ini adalah rumusan khas dan tiada DHA,AA dan apa ntah lagi, ibu menukar susu lain atas cadangan pekerja farmasi itu juga.


Anmum Infacare – Disarankan oleh seorang pekerja di sebuah farmasi. Katanya susu formula ini menyerupai susu ibu. Kebanyakan rakan-rakan ibu juga menyarankan susu ini. Harga pun mampu milik. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tiga hari sebelum ibu bekerja semula, ibu mencuba susu ini untuk melihat perkembangan dan perubahan si comel. Hasilnya si comel tidak membuang hari-hari. Dua hari sekali baru dia membuang. Itu tidak mengapa tetapi yang merungsingkan hati, dia seolah meneran dengan kesakitan apabila membuang. Kerana tiap kali dia membuang, dia akan menangis. Walaupun sudah dicairkan dan diberi air masak, dia masih kesakitan apabila meneran. Malah, si comel sekan tidak mahu minum susu ini kerana air susu ini meleleh keluar dari mulutnya, hingga basah-basah baju. Tak sedap kot. Ibu harus menukar susu lagi!



Mamex Gold – Hasil pembacaan di forum, ibu mengambil langkah untuk memberi si comel susu ini. Harga boleh tahan. Masuk hari ini baru 4 hari si comel minum susu ini. Kali pertama minum, malam tu si comel membuang sisa toksiknya. Alhamdulillah. Itu pun langkah berjaga-jaga harus diambil iaitu sekali minum ibu buat ikut arahan yang diberi pada tin susu. Kali ke-2 dia menyusu, ibu kurangkan sedikit kuantiti susu formula untuk mengelakkan dia sembelit. Alhamdulillah, dalam masa 4 hari ini si comel tidak meneran. Ibu berdoa agar dia serasi dengan susu formula ini. (Nak tau info pasal susu ni, sila buat research sendiri. Hehehe..)

You Might Also Like

14 comments

  1. wah..dlm masa kurang 3 bln mcm2 jenis susu cik aisyah minum yek...ciannye klu tgk baby meneran2 sampai muke merah...
    klu baby sembelit selalu nye lin beli pam bontot he he he..air sabun yg cucuk kt bontot baby tu..nnt berak la dia..xpun potong sedikit sabun mandi n cucuh kt lobang bontot tu mgkn akan berhasil... tp apa2 pun ikut nasihat doctor la...

    BalasPadam
  2. baby saya minum isomil jadi meneran mcm tu... merah padam muka siap bunyi2 meneran lg... kasihan sgt.... pastu tukar susu nursoy... ok sikit tapi byk pula dia ekk ekk... lepas tu tukar s26 sehingga kini alhamdulillah ok sgt... syukurr,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru 2 mggu lepas tukar snow..nak economic la..sekali sembelit teruk betul..sampai kena bwk g klinik..meneran smpi nangis2..saya pon turut nangis sama..cian2..

      Padam
  3. ank sy menyusu bdn pn tetap gk mcm kakak dia...meneran smpai trtido......

    BalasPadam
    Balasan
    1. susu badan memang xde tandingannya..jgn risau lah..best kan dapat nyusukan baby..

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sekarang anak saya minum Susu S26 Promil Gold Langkah 2. Baru masuk hari kedua. Harap-harap serasi dan bertambah berat badannnya.

    Jom Join : #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!

    BalasPadam
  6. takut nak tukar susu dah ni..stick wif mamil..

    BalasPadam
  7. anak saya pernah jugak sembelit & skrg pun kadang2 sembelit nak2 lagi kalau travel jauh sebab dia jenis pelik. berak hanya kat rumah tapi sejak minum fearnleaf memang kurang sembelit.. kalau ada pun takde la terus sgt.. tu pn sbb dia tahan berak kalau kat luar. susu pun murah, anak pun suka so.. ok la blh continue

    BalasPadam
  8. Anak sembelit memang kesian , anak saya pun pernah terjadi . kesian sangat. tapi sekarang Alhamdulillah dah ok dah , tak bagi ubat-ubat pun .. tapi saya amalkan semulajadi jom baca selanjutnya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-sebab-meal-shake-penting-untuk-anak.html

    BalasPadam
  9. Anak sembelit memang kesian , anak saya pun pernah terjadi . kesian sangat. tapi sekarang Alhamdulillah dah ok dah , tak bagi ubat-ubat pun .. tapi saya amalkan semulajadi jom baca selanjutnya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-sebab-meal-shake-penting-untuk-anak.html

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..semoga susu tu terus serasi dengan baby awak ye..bnyk jenis2 susu rupanya..hihi

    BalasPadam
  11. Lps brsalin mmg ssu xbyk...kne by bby byk hisap utk produce ssu.klw byk mnum ssu botol..thts mean xde prmintaan..xde prmintaan xde pngluarn.ksian kat bby baru lahir kne tkr byk jnis ssu 4mula...prut & usus bby msih blm boleh proses...mayb dsbbkn tu bby sembelit

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.