Saat Yang Mendebarkan - Aku Pasrah

By Mar Mansor - 5:22 PTG


Masih terpahat kukuh di kotak memoriku, pengalaman yang amat luar biasa sebelum bergelar seorang IBU. Amat mendebarkan. Aku ditahan wad ketika kandunganku berusia 37 minggu 5 hari.

27 April 2012 – Kakiku membengkak teruk. Aku tidak larat untuk berjalan. Suamiku menasihatkan aku agar berehat di rumah dan mengingatkan aku supaya tidak lupa untuk memberitahu orang atasanku. Akibat kebosanan yang melampau, walaupun sakit di bahagian ari-ari kian terasa, aku masih gagah untuk memotong kain & menjahit untuk dijadikan alas tv. Nah, siap hasil kerja ku.

28 April 2012 – Genap usia kandunganku 37 minggu, tanda awal telah kelihatan. Ada sedikit darah keluar bersama sedikit lendir. Tetapi belum ada tanda konstraksi. Hari itu hari sabtu. Suami pula bekerja lebih masa. Petang jam 4.30 baru suami pulang. Berita itu kukhabarkan. Ada sedikit riak cemas pada wajahnya. Perlukah aku ke hospital? Aku hanya tersenyum. Jawapan ku mudah, taknak! Malam itu kami ke klinik Ibu & Anak di Taman Rinting. Doktornya cukup baik. Setelah discan kepala bayiku sudah tidak kelihatan kerana sudah terlalu ke bawah (tak ingat doktor tu cakap apa dah). Diseluk tetapi belum ada jalan terbuka. Aku pun masih bersahaja. Dan doktor berpesan agar aku mengambil cuti. (Syok woo). Walhal cutiku baru diluluskan oleh orang atasan bermula 2hb5 nanti.

29 April 2012 – Hari ini hari ahad. Suami tidak bekerja. Jam menunjukkan jam 11 pagi apabila telefon bimbitku berdering. Abah dan emak dah nak sampai! Emak bergegas mengemas dan mengajak abah menjengukku sejurus mendapat SMS dari ku. Sampai ke malam aku masih steady! Tapi darah masih keluar setitik dua. Aku sudah tidak boleh mengerjakan solat 5 waktu. Apatah lagi untuk mengkhatamkan Al-Quran Al-Karim yang berbaki hanya 4 juzuk. Almaklum lah due date 17 Mei 2012. Hehe. Hanya zikir yang mampu kualunkan bagi meredakan kekalutan.

30 April 2012 – Hari isnin sepatutnya aku bekerja. Tapi dah tak kerja atas saranan puan doktor. Suamiku bekerja seperti biasa dan tidak lupa berpesan kepadaku agar segera menelefonnya andai ada apa-apa (kalau aku sakit la..). Aktiviti harianku menonton tv. Amat membosankan. Tapi tak berapa bosan kerana abah dan emak ada bersama. Sampai ke malam aku masih steady!

1 Mei 2012 – Hari buruh. Hari rehat untuk semua pekerja. Suamiku ada di sisi. Masih tiada tanda-tanda konstraksi. Darah masih keluar setitik dua. Selepas zohor, abah pulang ke kampung. Emak tinggal seketika bersama kami. Selepas waktu zohor, aku terlena. Begitu juga suami dan emakku. Emak tiba-tiba terjaga kerana waktu asar hampir tiba. Dia seolah-olah terdengar suara berbisik “kan sudah pesan, minum air tu..”. Usai solat asar, emak merendam akar fatimah yang nenek beli di mekah. Aku hanya minum segelas. Ada satu jug lagi tu emak simpan. Hampir maghrib menjelma, terasa pinggangku sakit sedikit. Aku biarkan saja. Emak yang perasan perubahan lagakku bertanya sama ada aku sakit atau tidak. Aku jawab, sakit sikit je. Selepas waktu maghrib, suamiku mahu membeli makanan di kedai dan dibungkus bawa pulang ke rumah. Aku berdegil untuk makan di kedai makan. Setelah pulang, kami menonton tv bersama. Pinggangku terasa semakin sakit.

2 Mei 2012 – Jam 1 pagi, sakit terasa semakin kerap. Suami semakin tidak keruan. Emak di bilik sebelah dikejutnya. Dia mengajakku ke hospital. Aku enggan. Selepas setengah jam kami bertolak ke hospital sultanah aminah (HSA). Melewati pintu hospital amat mendebarkan. Emak tidak dibenarkan naik ke kaunter pendaftaran. Hanya suami yang menemani aku. Di kaunter pendaftaran, aku sedikit terkilan dengan layanan yang diberi. Almaklum la kali pertama datang untuk bersalin. Tak tahu apa-apa.

     “Adik datang ni ada apa?”Tanya seorang jururawat yang bertugas.

Aku sedikit bingung dengan soalannya. Soalan yang tak masuk akal langsung!
   
    “Saya datang nak bersalin la” Jawab ku agak keras.

    “Semua orang datang sini nak bersalin dik. Nama pun wad bersalin.”

Suamiku mencelah. “Tak tahu pulak kalau ada orang datang sini sebsb bukan nak bersalin”

Huh..pedas sungguh ayatnya. Aku terdiam sebentar. Kemudian baru aku teringat buku merah (laporan sepanjang mengandung). Kad ku serahkan kepada jururawat tersebut. Jururawat meneliti kad laporanku.

    “Baru 37 minggu dik”. Soalan tak masuk dek akal lagi!

   “Abis dah sakit, saya datang la.” Aku seakan mahu bertukar warna hijau.

   “Rasa sakit macamana tu? Berapa kerap dah?”

Aku pun menerangkan situasi ku. (Malas cerita panjang, buat sakit hati). Tidak lama kemudian, aku disuruh masuk ke bilik saringan. Satu jam aku di dalam. Selepas itu ada sesi soal jawab pula dengan seorang doktor cina. Dalam hati berdialog lagi.(Susah rupanya nak masuk wad ni). Huhuhuhu...

Jam di dinding hospital menunjukkan ke angka 3.00 pagi. Aku di tempatkan di katil paling hujung. Penat jugak nak menapak untuk ke bilik air. Ketika suamiku menyusun barang-barangku, aku mengeluh lapar. Suamiku meninggalkan aku untuk membelikan aku roti dan air. Jam menunjukkan 4.30 pagi sewaktu suamiku menghampiriku untuk memberikan bekalan. Aku sudah terlelap. Dari saat itu, tidur ku sudah tidak lena lagi. Konstraksi semakin kerap. Aku menoleh ke katil sebelah dan hadapan, majorit pesakit tidur dengan lena sekali. Dalam hati bermonolog, adakah mereka tidak sakit? Memang benar telahan ku, mereka tidak sakit. Ada yang menunggu saat untuk pembedahan, ada yang ditahan wad kerana bayi tidak gerak dan ada pula yang sudah terlebih dari tarikh jangkaan.

Jam 7 pagi kebanyakan pesakit sudah bangun. Ada yang membersihkan diri. Kesilapan aku adalah terlupa membawa peralatan mandi. Aku menanti kehadiran suami yang akan datang jam 10 pagi nanti. Kontraksi semakin kerap. Kemudian aku diarahkan ke bilik pemeriksaan untuk memeriksa bukaan. Hanya buka 2cm. Aku tergelak dalam kesakitan. Lambat juga untuk buka laluan.

Konstraksi semakin kerap. Aku hanya mampu berbaring. Berbanding pesakit lain yang berbual dari katil ke katil. Jam 12 tengahari, makanan tengahari dihidangkan. Seleraku sudah tumpul. Hanya mampu menyuap 2 sudu nasi. Ikan tidak ku jamah sangat. Tekak terasa loya. Aku menolak makanan tersebut. Hanya mampu berbaring. Aku disabarkan oleh seorang jururawat pelatih. Berkemungkinan jam 3 petang, doktor akan memecahkan air ketubanku. Konstraksi semakin kerap dan kuat. Tiba-tiba terasa seakan air keluar. Katil tempat pembaringanku basah. Aku hanya mampu melambai-lambai jururawat di tengah-tengah wad menunggu bersalin tersebut. Suami kepada salah seorang pesakit melihatku kesakitan dan menawarkan diri memanggil jururawat. Jururawat menghampiriku dan bertanya kenapa. Aku menjelaskan situasiku dan aku ditolak menerusi kerusi roda ke bilik pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati bukaan telah terbuka sebanyak 6.5cm. Segera aku ditolak ke dewan bersalin.

Sejuta kesyukuran kupanjatkan. Saat aku hendak ditolak ke dewan bersalin, suamiku sampai. Jururawat segera berjumpa dengan suamiku dan mengambil barang-barang keperluan bayiku. Aku hanya mampu berserah kepada yang Esa. Perjuangan akan bermula sebentar lagi. Aku berzikir di dalam hati untuk mententeramkan jiwa yang semakin tidak keruan. Desah nafasku kian tidak teratur menahan sakit. Aku dibaringkan secara mengiring untuk mengeluarkan baki air ketuban.

                                                                      * * * * *

Jam 2.50 petang, aku selamat melahirkan bayi perempuan. Syukur padamu Ya Allah.

Gambar setelah berusia 2 bulan

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Slm perkenalan Mar...lin baca pautan awk di blog Cinta Ad Din Mia...
    lin faham camne rasa sakit nye hati dilayan sebegitu rupa di HSAJB. pengalaman melahirkan ank thn 2005 di HSAJB sgt mengerikan..dirog (nurses n doctors) mcm xbole nk tolerate dgn kite nyer kesakitan ek...
    anyway..jadikan ia satu pengalaman yg bukan semua org rasa. Lin ni pun tgh tgu masa nk melahirkan ank yg ke 3...mgkn kali ni bersalin di bumi tmpt mencari rezeki jek (kuala pilah, negeri sembilan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp,masa saya..saya tidak rasa seteruk mana di HSA tu..maybe sbb saya lasak org nye
      tp klu ada pilihan y lagi bagus,apa salahnye..he3
      selamat melahirkan lah ye..

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.