Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Memisahkan Bayi Dari Buai


Ihsan En.Google

Buai kadang kala menjadi satu benda penting untuk ibu bapa. Meskipun telah sematkan niat, berkobar-kobar semangat untuk tidak mahu ajar anak berbuai. Alasan biasa yang kita dengar, susah nak berjalan nanti. Kena angkut buai pula. Ya betul tu. Tidak salah berwawasan.

Kadang kala semangat yang disemai kian luntur apabila anak yang dijaga, ditatang bagai minyak penuh tidak mahu tidur di tilam. Dodoi hingga pengsan pun tidak mahu juga tidur malah semakin galak menangis. Saban hari jugalah ibu dan bapanya sembab-sembab mata tak cukup tidur sebab anak meragam.

Kalau ayat mak-mak kita biasa didengar, "Masuk je buai..biar dia tidur nyenyak..ko pun kerja. Penat.."

Ada betulnya cuma kita kena bijak menggunakannya. Menggunakan buai tidak salah, jangan sampai kita terlebih mengharap pula. Cuba pisahkan buai dan anak secara perlahan-lahan. In sha Allah akan berhasil. Contoh, bila anak sudah nyenyak, pindahkan ke tilam dan tepuk punggunggnya perlahan dan belailah dia agar dia rasa selesa.

Ada pula kata-kata biasa yang lain.."Eh jangan ajar buai nanti terbiasa..susah nanti nak berjalan. Kena angkut buai.." Ya, ini juga betul. Tetapi seperti yang ibu katakan tadi, gunakan secara bijaksana.

Situasi setiap ibu bapa adalah berbeza. Tidak sama. Ada anak yang mudah dijaga. Minum susu, tidur. Minum susu tidur. Ada anak pula celik mata menangis, menangis. Esok ibu bapanya mahu ke tempat kerja. Situasi tempat kerja setiap orang juga berbeza. Mungkin ada yang dapat team yang tidak kisah dan mungkin juga ada team yang mungkin tidak faham dengan masalah kita.

Mata mengantuk, mahu memandu ke tempat kerja, mahu bekerja 8 jam dan mungkin juga lebih. Memandu kalau 10 minit mungkin tidak apa. Kalau memandu di tengah kesibukan hingga kadang kala sejam dua baru sampai, naya je kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini.

=================================

Teringat kisah yang diceritakan oleh jiran mengenai anak seorang kawannya. Tali buaian putus dan bayinya terhentak ke lantai. Hingga sekarang, umur bayi tersebut telah menginjak setahun setengah tetapi dia hanya mampu terbaring. Kasihan mendengarnya.

Berhati-hati dengan penggunaan buaian bayi.

Pastikan buaian kukuh.

Pastikan juga di bawah buaian perlu dialaskan dengan tilam.

Untuk lebih selamat, gunakan spring buaian yang berkualiti dan banyak (5 spring untuk satu buaian).


Malang tidak berbau. Apa yang kita perlu titikberatkan adalah berwaspada dengan persekitaran. Jadikan suatu kisah itu sebagai pengajaran. Semoga kita dilindungiNya.



Nota Kaki : Setiap yang berlaku adalah ketentuanNya.. Alhamdulillah Aisyah tidak berbuai..




Catat Ulasan

37 Ulasan

  1. anak sedara akak tak pakai buai
    jadi kalau ke rumah orang tak gaduh nak pasang buai :)

    BalasPadam
  2. setuju tu mar,memang kalau boleh taknak biasakan awfiyah dengan buai,sebab susah nak kemana-mana..cuma bila starting nak tidur tu mesti dia nak berbuai..

    BalasPadam
  3. Dua-dua anak MD tidur dalam buai. Bila dah tidur, terus pindah atas tilam. Alhamdulillah, masa berjalan-jalan takda pulak nak buai. Cuma letakkan atas bantal, tepuk-tepuk tidurlah. Nasib MD baik kot :)

    BalasPadam
  4. Anak-anak kakak semuanya tidur buai Mar. Tapi alhamdulillah tak ada masalah. Lagipun biasa bila dah lena kami alih ke tilam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siang sis buat mcm Tu juga ke ..dh Lena angkat atas Tilam atau biarkan dlm buai

      Padam
  5. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia by kak maria..selamat hari raya ye, maaf zahir batin.. Salam syawal, salam ceria dari MyCherita

    BalasPadam
  6. anak kita tak pakai buaian..cuma kat umah babysitter jer pakai buaian..huhu..

    BalasPadam
  7. pasang buai jgn bg tinggi..bahaya utk baby..klu boleh lapit tilam sikit

    BalasPadam
  8. betul kna pastikan buaian tu kukuh bahaya jugak klu jdi kes mcm tu

    BalasPadam
  9. kami tak pakai buai.. tak pernah terfikir nak guna.. alhamdulillah bebudak ni ok..mmg ada masa diorang susah nak tidur..tapi normal la.. nama pun budak..

    BalasPadam
  10. lain orang, lain ragamnya...
    Anak2 nurul yang 1st & 2nd je guna buai... yang 3rd & 4th ni tido x pernah berbuai...

    BalasPadam
  11. tidur dalam buai memang nyenyak anak2 kecil ni, malang tak berbau kan,sentiasa peka dan berwaspada.

    BalasPadam
  12. Anak-anak aida semua pakai buai bil akat rumah pengasuh la..tapi bile kat rumah atau rumah orang diorang pandai tidur bawah..so mmg tak addicted sangat kat buai..

    BalasPadam
  13. Nice sharing...

    Qiasara sejak lahir mmg sy tak biasakan berbuai..Mase dalam pantang, sehari je berbuai..Lepas che mek tu muntah dalam buai, terus tak letak dah...kiki

    BalasPadam
  14. ada kebaikan ada juga keburukannya kan buaiyan ni

    BalasPadam
  15. sebenarnya tak elok guna penggunaan buai ni
    bayi boleh kena sindrom gegaran otak
    malahan kebanyakkan pakar pediatrik tak galakkan
    tapi yelah, takdirkan

    macam mar cakap, bukan semua bayi senang dijaga.
    cuma perlu beringat aje sebab malang datang tak berbau

    BalasPadam
  16. Buai tak slh.. Yg salah kita yg gunakannya... Jika betul cara guna... Insha Allah takde apa2... Tapi kedua-dua ank stkat ni blm ajar berbuai...

    BalasPadam
  17. Anak2 saya masa kecik dulu semua kena pakai buai.. klu tak pakai, tak boleh tido... :D

    BalasPadam
  18. anak anak sedara Ros semua tak nak berbuai. kalau nak tidur, ada yang nak bertepuk, ada yang nak dibelai.. hihihi

    BalasPadam
  19. dh nampak depan mana masa beraya haritu ada tetamu dtg umah... anak nangis2 nak tdo... nak kena ada buai kalo x, xleh tdo...

    nasib umah tok dan tok wan ada tali buai yg lama xbuang lagi..

    BalasPadam
  20. dodoi sampai pengsan tu, siapa yang pengsan, mak ke anaknya? Keke.

    Anak saya, kat rumah sendiri ta tidur buai, kat umah pengasuh je tido dgn buai. Bila baca yang part jatuh buai tu, risau plak. Semoga Allah lindung la hendaknya.

    BalasPadam
  21. saya dulu terpaksa guna electric rocker sebab anak saya start tgh mlm smpai dkt subuh menangis. letak dlm buai pun kena sentiasa membuai. tp makin besar dah tak tido buai. sejak setahun tu dah x tido buai.. senang nak pisahkan dia dgn buai. xde masalah sangat

    BalasPadam
  22. peringatan utk ibu ibu yg menghunakan buaian..ank yg sulung sy de gunakan buaian..ank second pun sme tp xguna smp dorg bsar pun...bile dh msuk 8 bln dh ajar tido tilam..alhamdulillah ank ank ok

    BalasPadam
  23. Trm ksh.. peringtn tuk lady juga ni.. bby lady tdur dlm buai.. huhu

    BalasPadam
  24. Anak-anak aida pulak diorang ebrhenti sendiri tidur buai..nasib baik..kira tak addicted sangat..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  25. Anak sy kalau xse buai x boleh tidur..menangis x berhenti..dah bg susu mata dah kuyu2 kita tepuk2 dia trus bangun n sondol2 muka kat tilam lepas tu nangis..padehal awal2 dlu x penah ajat tido buai..mmg dia susaj tido..dlm pantang sy tido smbil duduk sbb anak tido kat bahu..dah x bleh tahan sgt hari2 mcmtu trus beli buai..skrg mmg susah nak g mana2..abak dah setahun sy x prnah g brcuti dgn suami sbb xkn nak bawa buaian besar2 ni masu hotel..sedih sgt rase..hmm..

    BalasPadam
  26. anak da 9 bln x penah berbuai, asal kenyang je tido.... bila pindah rumah br.. pengasuh baru nk buai..katenye anak x lena..huhuhu risau tkt jatuh.. tp xde pilihan,, x jumpe lg pengasuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbuai dirumah pengasuh takpe, tapi kena pandailah..bila dengan kita jangan berbual. in sha Allah ok je

      Padam
  27. Mula mula memang x nak ajar anak tdo buai...tp bygkan..smpai sebulan die menangis je x henti2...mula2 igt die skit...bwak g hospital jumpa pakar...doc ckp baby sihat...jumpa ustaz la...pown x jln...satu rumah x tdo...smpai sy menangis2 sebab da la dlm pantang...anak nges x henti2...stress yg amat...lama2 pkai buai...ha terus da kurang nges mcm dlu..tp die lena je sy teros alihkan tdo tilam...smpai la skrg ni sy buat cara cmtu...sebab bby sy ni susah sgt nak mulakan tdo...kalo nak tdo tu menangis sekuat hati macam kene dera...kalo da tdo ha smpai ke pagi die tdo...huhuhu...dugaan ..tp sy nga pk ni...macam mana nak anta anak kat nurseri ni...kat nurseri x de buai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha Allah..boleh tu dipisahkan..pelan-pelan..

      Padam
    2. bagaimna nak pisahkn pelan2 tu ya sis. anak say mengamuk bejam2 klau x buai
      . bila di buai baru pindah atas katil pasti dia sedar dn nangis sehingga seleasma. sya x sampai hati pulak, terpaksa g buai lg. tiap hari begitu. pttka sya biar sja dia menangis atau bgaimana?

      Padam
    3. anak sy umo dah 5 bulan , dia mgntok tahap dewa pon melalak macam kene cubit nak buai jugak ,
      kalo dalam kete tu , saya berhenti tepi tu , saya dodoikn anak saya dulu sampai dia lelap ,
      biler dah melalak , gn mommy dia taknak , nak gn bapak jugak ,
      nasib baik suami mithali 😂😂

      Padam
  28. Mula mula memang x nak ajar anak tdo buai...tp bygkan..smpai sebulan die menangis je x henti2...mula2 igt die skit...bwak g hospital jumpa pakar...doc ckp baby sihat...jumpa ustaz la...pown x jln...satu rumah x tdo...smpai sy menangis2 sebab da la dlm pantang...anak nges x henti2...stress yg amat...lama2 pkai buai...ha terus da kurang nges mcm dlu..tp die lena je sy teros alihkan tdo tilam...smpai la skrg ni sy buat cara cmtu...sebab bby sy ni susah sgt nak mulakan tdo...kalo nak tdo tu menangis sekuat hati macam kene dera...kalo da tdo ha smpai ke pagi die tdo...huhuhu...dugaan ..tp sy nga pk ni...macam mana nak anta anak kat nurseri ni...kat nurseri x de buai...

    BalasPadam
  29. same la dgn anak saye sis,susah sgt nak mule kan tido padahal dh ngantok sgt. kalau dodoi tu makin kuat nagis nye. terpakse jugak gune buai. kadang nak keluar lame2 pun risau dia merengek sbb ak tido. baby baru 3bulan.☹️

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code