1. Pandangan Mata Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan
muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada
kusyuk.
2. Makan Garam Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan
selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh
menghalang sihir.
3. Minum Tangan Kanan Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.
Iblis minum dengan tangan kiri.
4. Sesaat Di Jalan Allah Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari
solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan
ayuhlah kita solat"
5. Langkah Kanan Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah
kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki
kanan.
6. Makan Tiga Jari Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu,
telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama
ikut sunnah. 7. Jaminan Allah 3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi
salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke
jalan Allah.
8. Gunting Bulu Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas
bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai
di situ.
9. Jangan Bersiul Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke
dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah
penghibur iblis.
10. Cara Potong Kuku Kanan Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke
kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri
hingga ibu jari kanan.
11. Cara Potong Kuku Kaki Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri
sampai kelingking sebelah kiri.
12. Panjang Lengan Baju Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya
sampai pergelangan tangan sahaja.
13. Pakaian Kesukaan Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu
baju labuh atau kurta.
14. Bersiwak Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda
bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70
kali solat.
15. Doa Dalam Sujud Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di
dalamnya.
16. Adab Di Tandas Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup
kepala.
17. Adab Makan Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui
batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk
bernafas.
18. Tiga Jenis Orang 3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah
SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin
yang sombong.
19. Pakai Minyak Wangi Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah
terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. Ambil Wuduk Sebelum Tidur Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur
malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis
dan syaitan.
21. Cincin Perak Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan
mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. Solat Fardhu Di Masjid Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah.
Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan
dihapus satu dosa.
23. Pakai Celak Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan
penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata
kanan dan kiri.
24. Panjang Pakaian Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim
adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali . 25. Solat Sunah Berjemaah Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27
kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di
manakah anda akan solat?
26. Menguap Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap,
tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk
melalui mulut.
27. Menyimpan Janggut Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal
dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air Jangan menghadap /
membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam
bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. Warna Pakaian Rasulullah Disunatkan memakai pakaian berwarna putih
kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. Posisi Tidur Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas
rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah
pipi.
31. Minum Lepas Makan Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar
anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. Tidur Sebelum Zohor Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu
ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. Berdiri Hormat Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari
tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu
majlis.
34. Pakaian Berwarna Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan
seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. Makan Dengan Orang Miskin Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan
bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita
mendahulukan mereka.
36. Menu Rasulullah Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas
air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak Ada 3 pemberian yang tidak boleh
ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
39. Minuman Rasulullah Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW
adalah minuman yang manis dan dingin.
40. Hisap Air Dalam Hidung Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur
jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam
lubang hidung.
41. Beri Makan Anak Yatim Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa
yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan
menghampiri bekas tersebut.
42. Larangan Pemakaian Cincin Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan
jari tengah.
43. Bangun Tidur Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka
dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. Kongsi Makanan Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan
makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 Rakaat Sebelum Zohor Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari
sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan
tertutup ketika solat zohor.
46. Istighfar Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan
bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. Jangan Mencaci Makanan Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah ,
jika tidak suka biarkan sahaja.
48. Apabila Bertamu Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan
muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke
dalam rumah.
49. Jawab Salam Dalam Tandas Tidak diperkenan menjawab salam ketika di
dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan
berdehem atau isyarat suara.
50. Makanan Panas Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah
biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. Giliran Minum Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol,
hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah
kanan.
52. 3 Amal
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3
hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. Jangan Tidur Meniarap Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi
tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. Cara Pegang Miswak Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan
ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. Dua Rakaat Sebelum Subuh Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh
itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
sy suka mkn garam...lpas nih ikut sunnah nabi celup kt jari kelingking...yg lain alhamdulillah ikut jugak..cuma potong kuku kaki tuh je..kne praktikman lpas nih...potg kuku jari alhamdulillah ikut sunnah
17 Ulasan
insyaallah jom amalkan
BalasPadamAssalamualaikum...Perkongsian yg bmanfaat dipagi jumaat ini..no 48 tu baru tau..:D
BalasPadamAlhmdlh... bertambah ilmu... ada beberapa point yg sy x tau, InsyaAllah sama2 kita amalkan...
BalasPadamInsyallah mudahn jdi amln buat kita smuanya. Ada sesetgh yg lya x taw
BalasPadamGaya hidup Raulullah memang begitu sempurna
BalasPadamInsyaAllah....
BalasPadaminsyallah,sama2 kita praktikkan...
BalasPadamSemoga amalan ini menjadi amalan kita juga...
BalasPadambanyaknya saya belajar hari ni
BalasPadamterima kaish mar
Yg pasti amat sukar utk kakak makan dgn 3 jari walau dari kecik lagi dah tahu hal ini...
BalasPadamterima kasih mar kongsi ilmu
BalasPadamsy suka mkn garam...lpas nih ikut sunnah nabi celup kt jari kelingking...yg lain alhamdulillah ikut jugak..cuma potong kuku kaki tuh je..kne praktikman lpas nih...potg kuku jari alhamdulillah ikut sunnah
BalasPadamgood info ada yg tau ada yg tak tau...
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu Mar...
BalasPadamNice sharing...
BalasPadamDlm sunnah pasti ada kejayaan...
BalasPadamThanks ya..Jom sama-sama kita amalkan..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.