Di penghujung Syawal, jari ligat menaip entri tertunggak dek kerana terlalu perasan sibuk akhir-akhir ini. Mana tidaknya, cerita raya yang tidak habis selagi Syawal tidak melabuhkan tirainya.
20 Ogos 2014 - Open House tempat kerja. Jamuan makan jam 5.30 petang. Menu, nasi beriani kambing, sate, nasi kuning, kuah kari dan kuih muih. Air, oren sunkist pekat meleseh sebab tak campur air batu.
~ tiada gambar sebab memang malas ambil gambar (blogger menda la tak suka amik gambo).
Gambar posing di pagi hari sebelum memulakan kerja.
21 Ogos 2014 - Malam itu kami adakan sedikit jamuan hari raya. Majlis bermula dari 8.00 malam hingga 12.00 malam. Cuti setengah hari untuk projek masak memasak.
Nak kata rumah terbuka tu tidak lah sebab tidak terbuka kepada semua sangat. Makanan pun bajet-bajet untuk tetamu yang hadir. Kami jemput saudara mara terdekat, sebelah ibu, sebelah ayah, jiran-jiran terdekat yang tidak pun mencukupi 44 buah rumah. Ampun. Sahabat handai yang rapat dengan ibu. Itu sahaja. Lebih kurang 60 orang semuanya.
Dek kerana Syawal pun sudah di penghujung, alang-alang jemput semua yang mahu jemput. Nak jemput sikit-sikit, penat pula nanti bila masak banyak kali.
Menu malam itu, nasi mentega kismis, ayam masak sambal merah, rendang daging istimewa, nasi impit, lodeh, sambal kacang, agar-agar koko dan air oren sunkist. Gigih memasak sensorang hinggalah emak sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Beria-ria dia ajak ibu masak lodeh dan sambal kacang. Wohooo memang best bila mak tolong, semakin galak ibu memasak.
Tetamu yang hadir ~ rumah kecil kami
Aisyah mengamuk sakan bila emaknya (pengasuh) balik. Aisyah mahu ikut. Meraung tak henti-henti. Berejam juga. Malu pada tetamu yang hadir. Bila dia sudah ok, memang ligat tidak terkawal pula.
Nota Kaki : Tertunai juga hasrat untuk menjamu tetamu..
16 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamsinggah klik iklan..:)
hari ni dah last syawal
BalasPadamkejab aje masa berlalu
menu untuk makan-makan tu dengar cam sedaplah =)
best kan klu kita dpt jmput org dtg mkn kt umah..cuma risau klu makanan tak ckup je ;p
BalasPadamsyukur,...akak aritu buat macam ni jugak, just panggil jiran dan adik beradik je..buat besar, satu belum mampu, dua, kederatnyo takdoo....
BalasPadamAlhamdulilah kira brsedekah juga tu kan sis..
BalasPadamAlhamdulillah...wlaupon wt kcil2 tp puas ati kn bl tgk org mkn
BalasPadamx ajak pun...hehehe
BalasPadamWah meriah... cepat sungguh masa berlalu, Syawal dah sampai ke penghujungnya... :)
BalasPadamseronokkan jamu org mkan ni..
BalasPadamrumah mar kecil pun dia luas tak ada hadang..mcm rumah sewa aku ni tersekat2..bnyak partion..payah sungguh nak wat makn.. biasa aku ajak satu keluarga, satu keluarga datang mkan tgahr..kadang ada jugak datng ramai2..tp x berapa selesa lah..
tu yg aku lg prefer, ajar satu-satu..
alhamdulillah..umah kecik xpe mar..janji puas dpt jamu tetamu kan..;)
BalasPadamalhamdulillah.. best dapat jamu kawan2..
BalasPadammeriah sunguh open house.
BalasPadamAlhamdulillah.. Ramai yg dtg..
BalasPadamNak berselfiie jugak yeh Mar hehe....Comey Mar....
BalasPadamWah ....kira open house jugaklah tu.....ramai juga yg datang tu...... penat jangan cakaplah ......tp seronokkan Mar
ramai yg dtg....alhamdulillah meriah
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.