Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan
berkuasa.....
SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.
18 Ulasan
hebat penulisannya....ada yg betul apa yg dizahirkan tu..
BalasPadamSatu realiti depan mata yg tidak boleh dipertikai. Bersuara kencang konon membela bangsa memang ramai tapi hakikatnya kosong belaka...
BalasPadamMenjadi kuli di tanahair sendiri itulah kita... sedih!
betul tu..sedih sangat.
BalasPadamorang melayu, sampai bila nak sedar diri tah. Sampai sok jadi menumpang di negara sendiri baru tahu
BalasPadamInilah sikap bangsa melayu skrg .. memang bait2 sajak ini betol2 kena atas btg hidung org yang buat mcm tu kan
BalasPadamdulu ms skolah lau time suh menghuraikan sajak2 ni mmg lemau haha..iols x bape suker ekeke
BalasPadamSiap brsajak2 lgi ya sis
BalasPadamNice.. mmg sajak2 Pak Samad mendalam maksudnya.. selamat Hari Merdeka..:)
BalasPadamItulah natijah nya bangsa kita sekarang..kalau biarkan, lama kelamaan mmg akan merempat dibumi sendiri
BalasPadamhakikat zaman sekarang yang tak boleh dinafikan
BalasPadamkita ditindas di negara sendiri
Satu teguran & peringatan buat kita semua renungkan agar Melayu tidak terus MeLayu...
BalasPadamMendalam setiap bait2 sajak...
BalasPadamTeguran dari orang lama...
BalasPadamsama-sama kita hayati dan fikirkan...
Teguran dari orang lama...
BalasPadamsama-sama kita hayati dan fikirkan...
baru smlm dgr suami bacakan.dpt dlm group wassap.
BalasPadamsama sama la kita buka mata pndng ke depan..
sajak sia puitis sgt
BalasPadamRenungan bersama...
BalasPadamRenungan bersama...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.