Cerita Kak Acik mengingatkan aku akan soalan cepu emas yang aku sendiri alami.
Bukan mengeni jodoh.
Bukan mengenai anak.
Bukan mengenai tambah anak.
Tapi mengenai...
Bila nak beli kereta besar?
Kenapa tak hantar anak kat si anu tu?
Hantar anak ke orang yang sama ke lagi?
Emm..tu je kot..
Semuanya itu aku sudah lali hingga malas untuk menjawab untuk kali ke 133 kalinya. Ok tipu... Jawapan telah kuberikan dengan jujur dan ikhlas setiap kali kita bertemu.
Bila nak beli kereta besar?
Mulut : In sha Allah andai ada rezeki kami, adalah.
Hati : Eh..aku kot yang bayar kereta tu, bukan ko.
Hantar anak kat orang yang sama ke lagi?
Mulut : Ya..alhamdulillah pengasuh jaga anak ok.
Hati : Kenapa perlu tanya?? ~blurr
Kenapa tak hantar anak kat si anu tu?
Mulut : Anak dah serasi dengan pengasuh sekarang ni.
Hati : Bapak jauh giler aku nak pusing semata-mata hantar anak aku kat si anu tu. Pergi hantar dan patah balik ke tempat kerja adalah 1 jam. Berbanding sekarang ni, 15 minit. Gile.. Lagipun takde masalah dengan pengasuh sekarang. Ermmm..
(Patutlah tanya 'Hantar anak kat orang yang sama ke lagi?'..)
Sekadar luahan hati...kalaulah aku belum beli rumah, maka secara automatik soalan cepu emas itu akan bertambah.
Mungkin bagi orang lain, ini kelihatan biasa. Tetapi, aku yang mengalaminya dan sangat memahami mereka yang bertanya ini. Bukan soalan biasa. Bukan.
Aku, bila menjawab pertanyaan sebegini akan jawab secara berhemah meskipun dalam hati adakalanya sakit. Mahu best lagi, aku akan motivasikan mereka semula.
Nota Kaki : Saat entri ini dipublish, aku di dalam dewan menghadiri training selama 2 hari.
27 Ulasan
kadang2 diam itu lebih baik
BalasPadamsabar ye.. lumrah.. ada je soalan yang mereka tanya..
BalasPadammulut2 tu selala takkan abis soklan2 yg buat kita malas nak jawap..akak yg dah 4 org anak pun ada yg tanya bila nak tambah..:)
BalasPadamsoalan cepu emas mmg da lali... cuma sentap bler d tambah, 'c anu da pakai kete besar, ko dok dgn kete buruk lagi...'
BalasPadamwahhhhhh statement kan... hu3
biasa lah mulut org, mana kita boleh control....
BalasPadamselamat bertraining :)
Entahlah Mar... dunia dah kian uzur pun masih ada yg tak ingat nak tambah bekalan sebelum izrael dtg menjemput.. kesian org yg begini kan.. Harap kita tak mendpt tempias dosa dgn kerenah yg remeh begini..
BalasPadamsoalan2 macam nie selalunya orang yang dah macam takde kerja...
BalasPadamtak payah nak layan sangat dgn soklan2 macam tu mar..
mulut berkata kata tak pernah habis. sometime diam itu memang lebih baik.
BalasPadampenat lah mar nak fikir pasal org.. lantaklah dia nak cakap apa.. kita bukan mintak makanan kat dorang pun ...
BalasPadamsabar jelah..kita pon selalu dapat soklan camtu..hihi..
BalasPadamtak payah dilayan sangat..lagi layan lagi kita sakit hati..huhu
BalasPadamSoalan cepu emas begini memang tak akan habis sampai bila-bila. Sebab saya kahwin lambat, memang selalu dapat soalan 'Bila nak kahwin?' Yang bagusnya, sendiri tanya soalan, sendiri tolong jawabkan - 'Oh, kau ni memilih sangat sebab tulah tak kahwin-kahwin lagi!' Kalau dah ada jawapan, tak payahlah tanya lagikan. Buat menyemak telinga yang mendengar je :)
BalasPadamAla Mar, biasa lah tu, masa akak pakai kancil dulu, ramai sedara-mara yang perli-perli, tapi banyak belah suamilah. Sekarang akak tengok ramai sangat yang sanggup hutang puluh ribuan, semata-mata nak pakai kereta besar untuk di tunjuk-tunjuk masa raya mahupun dalam facebook. Takde maknanya, kerana dalam kehidupan sebenar, akak je yang tau macamana keadaan kewangan dia..ekekekeke (nak pergi sana sini pun meminjam..acaner?)
BalasPadamtak kisah hidup miskin, cuma kadang sedih hati bila ada pilih bulu di kalangan menantu..hu hu...menantu kaya disayang-sayang tau, yang miskin ni selalu kena marah...:(
BalasPadammar, sapa x nk yg best2 kan..
BalasPadamaku ckp je..
aku tak ada duit.
diam lah kot...
kan kena bg aku pjm duit plk..
sabar je yang boleh kan
BalasPadammanusia ni macam2 perangai
Diam itu lebih baik dari berkata-kata bukan. Dapat jaga lidah kita.
BalasPadamseriously ade yg tanye bile nak beli kete besar?..ya Allah..hurmm..sabar ye mar..
BalasPadamMar pada kak ana, ada sesetengah persoalan itu tak perlupun di jawab, cukup sekadar membalasnya dengan sekuntum senyuman..hehe
BalasPadambetul sangat..so,biarkan diorang kak.. diam lebih baik.
BalasPadampasal kereta tu boleh jugak balas secara bergurau.. nak tolong bayarkan installment ke sambil tersengih muka penuh harapan.. hahaha..
BalasPadamMmg diam itu lebih baik dari tanya soalan yg merapu2... selamat training dgn jayanya.. :)
BalasPadamLumrah.. last2 berdiam diri lebih baik... :)
BalasPadamhehe...memang gitu ler kebiasaannyer
BalasPadammanusia yang berkata tu merasa diri mereka lebih baik
sabar ajelah selagi boleh sabar
kalau saya pun kalau dah banyak kali sama aje soalan
memang sengaja cari penyakit ler orang tu..hehe
Tu lah..ramai orang tak guna akal bila nak buka mulut. Kalau saya pun akan berfikir lebihkurang macam Mar.
BalasPadamBagi saya, soalan ke-2 tu ok.
Tapi, kalau saya pun..tak pernah tanye orang soalan 1st & 3rd.
Setiap orang ada kemampuan masing..melainkan kalau ko nak bayarkan rege kete or rumah orang tu ko bolehlah riki. So, hal macam ni better jangan busybody kan?
Then, orang takde masalah nak anta anak kat pengasuh sama nape ko pulak busy nak pikir keperluan nak tukar pengasuh depa?
Pikir-pikirkan.
Setiap orang ada masalah masing-masing, so please shut-up and mind your own business.
* Sorry, saya jenis direct.
Anggap je lh mreka ni prihatin sbnrnya...
BalasPadamdiam lebih baik kan...kalo terlebih prihatin sgt buat ati panas aje.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.