Awek cun buat peace ~ Kredit to Google
Aku tahu dia tak puas hati. Dari cara dia bercakap, aku tahu ada perkara yang membuatkan dia tidak puas hati. Tapi, aku tidak pula bertanya. Padaku, itu hak dia.
Aku pernah katakan sebelum ini, walau apa yang kita lakukan, tak suka pun, janganlah sampai tutup periuk orang lain. Kan ramai tu kawan-kawan kita kerja di sini, mencari rezeki di sini.
Tapi, jawapannya sinis.
Ya, memang orang cakap rezeki ada di mana-mana. Tapi...aku tetap heran bin ajaib.
Kenapa masih betah di sini? Nak mencaci pun berpada-pada.
Tapi, apa yang aku hendak cakapkan, walau seburuk mana pun yang dia tak suka tu, dia tetap makan gaji di sini. Walaupun aku sendiri akui, ada setengah perkara aku tak puas hati tapi tidak lah sampai aku terlalu jaki untuk berkata begitu.
Aku masih lagi sedar, dari duit aku bekerja di sinilah juga aku dapat membayar bulanan kereta, makan, pakai, susu anak, bayar hutang ptptn dan macam-macam lagilah. Dan setiap awal bulan jugalah aku menunggukan duit gajian aku itu masuk ke dalam akaun.
Tipulah kalau aku cakap aku tak merungut. Korang pun tahu, ada masanya aku pun merungut di sini sampai korang rasa nak muntah hijau dengar rungutan aku tu.
Alhamdulillah, aku tidak sejauh itu mahu mengutuk. Aku sedar aku masih lagi mencari rezeki di sini.
Moga aku dapat berubah ke arah lebih baik selepas ini.
Yang baik jadikan pedoman. Yang buruk jadikan tauladan.
~Wallahuaklam..
Nota Kaki : Perjalanan hidup ini bak melalui ranjau yang penuh duri..
19 Ulasan
kita takkan dapat semua yang kita nak..jalan terbaik, belajar menerima kekurangan orang lain...mencaci dan menghina hanya memburukkan keadaan
BalasPadamD mna2 pun kja ada je org yg x puas hati dgn kita kan..ermm sbr je la ya sis demi mncari rezki
BalasPadamsetuju
BalasPadamsentiasa luahkan pada seseorg... nnt meletup, susah pula kan...
BalasPadambetul tu macam mana sekalipun kita masih makan gaji kann???
BalasPadamSebaiknya cuba elakkan dari mendengar kata-kata org macam itu Mar. Kita ni pun akan tempias dosa... alahai manusia macam-macam..
BalasPadamManusia xkan pernah berpuas hati...bersyukurlah...Allah sentiasa ada ngan kita..
BalasPadamDoakan saja lah yg terbaik buat dia. Kdg2 bila kita x puas hati kita lupa ada benda kena tunjuk ada benda kena pendam. Dia x perasan agaknya kot
BalasPadamSetiap manusia kena berfikiran positif baru la aman tenteram dunia nie. Ye tak ^_^
BalasPadamapapun mar.. semoga tabah mengharungi hari yang penuh liku dan ranjau..
BalasPadamSemoga sentiasa diberi ketabahan dlm menghadapi segala dugaan... aamiin.
BalasPadamkadang2 hidup ini memang selalu bila datang yg baik..buruknya pun datang sekali..apa yg Mar luahkan tu tepat sekali..merungut pon biar berpada2..kalau pung pang terlebih pon tak guna sebab kita masih disitu..
BalasPadamChill Mar..
BalasPadamSetiap kekurangan tu mesti terselit juga kebaikannya.. Abaikn sajo la org2 yg menrungut gitu...Janji gaji kite tiap2 bulan masuk...huhu
terasa cam terkena batang hidung sendiri...hehe
BalasPadamtapi saya pun luahkan dalam blog aje
tak penah dok bebel depan-depan
kenapa nak tabur pasir dalam periuk nas sendiri ye dak
kat mana mana pun pasti akan ada ketidakpuashatian dlm diri kita..cume kne berpada pada jgn smp mengutuk
BalasPadamSetuju Mar..... sebenci mana pun kita pada majikan tapi dengan gaji yg mereka berikan jugak kita gunakan untuk teruskan kehidupan kitakan Mar....Namanya manusia..... bila marah menguasai diri memang ada kalanya kita tak sedar....Tak per cepat cepat beristighfar...Insyaallah... Peringatan utk diri sendiri jugak ni!
BalasPadamManusia... Begitulah... Mcm2 ragamnya..
BalasPadamKalau dah namanya kerja makan gaji, memang selalulah begitu. Banyak benda kita tak setuju tapi nak buat macam mana. Orang cakap senang, tak suka berhenti. Nak buat tu masalahnya sesuai ke tidak dengan keadaan kita masa tu. So, teruskan ajelah walaupun pedih. Nak dok mengutuk banyak pun, kalau ada perubahan takpa juga.
BalasPadamTiada yang sempurna didunia ni kan..Doa aje yang terbaik..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.