Bayinya sedang lena di atas tilam. Wajah suci itu direnung sayu. Menilik kesalahan apa yang telah dilakukan oleh bayi itu. Hari ini dia membelek badan bayinya lagi. Kesan lebam-lebam ada lagi. Yang semalam belum lagi hilang, hari ini sudah bertambah.
Hatinya bagai dirobek-robek. Pedih. Pilu. Kasihan pada buah hatinya itu.
Airmatanya tumpah jua tatkala mengenangkan perilaku tidak bermoral itu. Apakah salah yang dilakukan oleh bayi itu hingga ada yang sanggup meninggalkan kesan sebegitu. Tidak kasihankah orang itu? Duit mahu, jaga ala kadar sahaja. Mana boleh macam tu.
Anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari, menahan sakit berjam-jam lamanya ketika saat melahirkannya, malah berpantang lagi 44 hari dan bersengkang mata menjaganya.
Begitu mudah orang luar menjentik anaknya bagai barang tidak bernyawa. Kalau anaknya itu sudah besar, mungkin boleh diterima. Bayinya baru berusia 3 bulan. Masih terlalu kecil, malah tidak mengerti apa ada disekelilingnya. Yang dia tahu, menangis, menangis dan menangis.
Kalaulah diberi pilihan, dia mahu mengasuh bayinya sendiri. Tapi, pilihan itu masih jauh untuk digapai. Dia perlu bekerja. Mahu diharapkan gaji suaminya, apalah sangat. Sewa rumah, ansuran kereta, lampin anak, semua itu memerlukan wang. Dia belum bersedia untuk berhenti bekerja lagi. Usia perkahwinannya juga masih muda. Dan dia redha kerana dia sedar yang dia bukan dari orang yang senang.
============================================
Bermula semalam (Isnin), seorang bayi perempuan berusia 3 bulan diasuh oleh 'emak' Aisyah. Jauh juga dihantar dari Taman Scientex ke Taman Rinting.
Dari sudut hati kecil ibu, ibu sudah mula tidak selesa apabila pengasuh suda bertambah asuhannya. Bermula dari Aisyah seorang, kemudian bertambah seorang dan kini sudah ada 3 orang semuanya.
Ibu tahu niat pengasuh untuk membantu orang lain, tetapi ibu yang tidak selesa dan mula berkira-kira untuk mencari pengasuh lain yang kalau boleh hanya mengasuh anak-anak ibu sahaja. Manalah tahu Aisyah dapat adik lagi, kena fikir panjang untuk hantar ke mana pula.
Aisyah jeles. Semalam petang, dia tiba-tiba dedar dan merengek tak sudah-sudah. Pengasuh kata, Aisyah tak suka bila bayi itu diribanya. Aisyah suruh bayi yang tidak tahu apa-apa itu ke tepi. Aisyah sukakan baby tapi mungkin kerana dia tidak sihat, dia berperangai macam tu.
Nota Kaki : Teringin nak duduk di rumah mengasuh anak..
24 Ulasan
mula2 dl pon rs camtu.pengasuh jg Aqil sj.lps brapa bln br tau pengasuh dh jaga 3 org bdk baru.rsau sbb ada yg lbh besar dr Aqil.tkut di lanyaknya Aqil yg x pndai jln lg....wuuuuu
BalasPadamAssalamualaikum kak mar, sheila pun teringin nak dok rumah sepenuh masa jaga anakanda
BalasPadamtulah kan delima ibu yang bekerja macam kita
BalasPadammacam saya bernasib baik sebab mak sendiri yang menjaga
berdasarkan pengalamn saya sebagai anak seorang pengasuh
jangan hantar dulu aisyah tu pada orang lain
dia dah biasa, biar dia besar sikit
takut jadi lain
jealous tu normal untuk orang beradik =)
huhu...ingatkan betul la aisyah dapat adik...hehehe...yelah..mesti risau kan kalau pengasuh dah mengasuh ramai,nasib baik awfiyah,kakak ipar yang jaga.
BalasPadamSetiap ibu punya perasaan macamtu Mar.. teringin nak mengasuh sendiri.. tapi tu lah kos hidup yg semakin tinggi. terpaksa keduanya bekerja kan..
BalasPadamJika itu yg terbaik buat Mar.. carilah pengasuh lain utk Aisyah.. mana tahu ada rezeki Mar.. Aisyah dapat adik .. seperti tajuk entri tu :)
Alahaii..kesiannya Aisyah..mesti dia tak selesa sebba tiba-tiba ada adik..mesti terasa terasing dari sorang lepada 3 kasih dibahagi..semoga Mar dapat solusi yang terbaik dalam permasalahan ini..kalau jumpa pengasuh lain yang sesuai ape salahnya kan..kita mahukan keselesaan..kalau kat sini memang takde choice..terpaksa hadapi jugak..
BalasPadambergantung juga pada pengasuh tu..dia kena pandai mengambil dan membahagi masa kalau dah jaga ramai..yg penting niat dia menjadi pengasuh yg baik..pengasuh anak akak lagi ramai budak2 dia jaga...tapi setakat ni alhamdulillah...
BalasPadamsama ngan nory...nory teringin sangat nak berhenti kerja duk rumah jaga Iqy sendiri, walaupon pengasuh sedia ada takde masalah dalam menjaga Iqy, tapi hati ni tetap meronta nak berhenti jaga anak sendiri...tapi tu lah...nak taknak terpaksa kerja jugak ...huhu
BalasPadamMasalah yg dihadapi ramai ibu-ibu bekerja. Itulah sebabnya dulu mengapa kakak mengambil bibik sendiri Mar. Tapi sekarang kos nak ambil bibik dah berganda mahalnya...
BalasPadamKesian Aisyah...
Kos pgasuh skrg trlalu tinggi..kekadg keselamatan agak kurang.klau dah trpksa tak ada cara lain trpksa juga hntr kat pgasuh kan
BalasPadamtomei2
BalasPadamBeria menyinggah ingatkan betullah Aisyah nak dapat adik lagi :)
BalasPadamBila pengasuh mula menjaga ramai budak, kita pun rasa tak sedap hati. Yalah, mana nak tengok-tengok semua budak yang ada. Takut pulak anak kita terabai. Pernah merasa juga. Pengasuh si Abang menjaga budak sampai 5, 6 orang. Cuak hati ni tapi takda pilihan. Menangis dalam hati jelah masa tu.
Mmg klu boleh lebih baik kita jaga sendiri je kan anak2 ni... semoga dipermudahkan segalanya... aamiin.
BalasPadammar nak minta alamat
BalasPadamnak bagi hadiah penghargaan dari blog saya =)
next yr awal tahun pun kena fikir nak hantar mana ni. doa juga moga dpt pengasuh yg baik..
BalasPadaminilah cabaran ibu berkerja. Dilema anak dan pengasuh
BalasPadambaru ja nak ucap tahniah... huhu... tu lah kalo bulih nak pengasuh tumpu kat anak kita ja kan... kalo 3 ok lagi jangan sampai 5 org tu mmg terabai agak nya
BalasPadammak niesa mengasuh 4 org semua budak2 kecik.. Alhamdulillah tak terabai sbb dh mengasuh mcm anak sendiri..hihi..
BalasPadamigt kan dapat adik betul ;p biasa la kn budak2 cpt jelez
BalasPadamcuba monitor dulu seminggu dua ni.. kalau still tak ok mungkin kena consider jugak..
BalasPadamBab ni mmg dilema sungguh bg ibu yg kerja mcm sy juga.. Rasa nk berhenti kerja serta merta... Tapi apa kan daya... Sy pun gtu gak msa dulu... Tapi mujur pngasuh memahami... Bykkan doa,moga dipermudahkan urusan..
BalasPadamya,IbuNoey pun dalam dilema kalau bab anak dan kerjaya ni.pengasuh IbuNoey pun jaga 4 orang budak termasuk IbuNoey.tapi mujurlah yang lain tu umur 2 tahun ke atas termasuk anak IbuNoey yang pertama.kalau dia ada jaga baby selain anak kedua IbuNoey,memang cari pengasuh lain la jawabnya..
BalasPadamKita mmg le nak pengasuh jaga anak kita aje Mar tapi pengasuh tu mungkin mengasuh sebagai mata pencariannya......nak buat macamanakan....
BalasPadamdelima ibu yg bekerja..dlu sy anta ank kat pengasuh lpas fikir fikirkan sy decide anta ank ank kt taska
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.