29 Ramadan 1435H - Pulang ke Kg Melayu Majidi (Majidi Baru), tidur semalam di sana. Sempatlah bersahur (sahur terakhir) di situ. Sempat juga mengerah keringat, bersama-sama membersihkan ayam, menyediakan bahan untuk memasak di rumah mertua.
Selepas Asar, bertolak ke Kg. Tenglu, Mersing. Sempatlah berbuka puasa terakhir di rumah nenek. Mak, abah, dua orang adik bujang, Mak Long dan Pak Long ada sekali.
Di Majidi
1 Syawal 1435H - Menyambut hari 'kemenangan' di rumah nenek. Raya tidak semeriah tahun-tahun lalu. 1 Syawal berlalu tanpa kemeriahan. Hanya adik beradik emak berkumpul dan makan lauk pauk raya.
Gambar raya kami 3 beranak
2 Syawal 1435H - Masih di rumah nenek. Ayah pulang dalam jam 3 petang ketika Aisyah sedang nyenyak tidur. Esoknya, ayah sudah bekerja. Maka, tinggallah ibu dan Aisyah yang akan pulang ke Maokil esok harinya.
Yang best, makan ketam segar baru naik dari laut sepuasnya. 7 kilo emak beli untuk kami semua makan. Tetamu yang datang, rezeki juga buat mereka.
Hari raya ke-2, saudara jauh mula kelihatan. Melayan tetamu hingga masuk waktu Maghrib. Kebanyakkan, ibu tidak kenal. Sepupu sepapat emak.
3 Syawal 1435H - Kami meninggalkan bumi mersing seawal 9 pagi. 2 buah kereta terakhir di rumah nenek akhirnya beredar. Ibu dan Aisyah akan berlama-lamaan di rumah emak dan abah (nenek & atuk Aisyah la)
Jam 2 petang, Kak Umi dan suaminya pula sampai ke rumah emak. Bujang berdua pula menjalankan operasi memasang lampu raya. Maaflah mak,abah, anak-anak semua jauh-jauh..tak sempat nak buat sebelum raya.
Wajah gembira Aisyah melihat lampu lip lap
Dah tukar uniform JDT, main bakul kain pula..
4 Syawal 1435H - Pagi itu kami beraya ke Felda Redong, rumah kakak sulung abah. Sempat juga beraya di rumah kawannya di sekitar situ. Rezeki kami, dapat menjamah durian. Sedap.. Habis kami balun.
Emak, abah dan Kak Umi sempat melelapkan mata di rumah Mak Anjang (kakak abah). Ibu, sibuk melayan karenah Aisyah. Makan tengahari di rumah Mak Anjang, solat zohor, kami pun beredar.
Bujang nan 2 itu akan pulang ke Rawang selepas Asar. Kejap benar masa berlalu.
Aisyah berusaha membimbit handbag..kihkih..dan macam bawak beg balik kampung da..
5 Syawal 1435H - Biras emak dan abah (mertua Kak Umi) datang singgah. Mereka dari JB, beraya rumah saudara mara di sana. Berayalah mereka di rumah kami. Ibu membantu emak menyediakan juadah makan tengahari buat mereka. Rendang daging, masak lemak pucuk ubi, ikan kering goreng dan ikan goreng. Rendang tu emak tak sempat masak di hari raya, ibulah yang takeover masak untuknya pada hari itu.
Selepas Asar, tetamu beredar. Ada yang ke Melaka. Ada yang pulang terus ke Subang.
Kak Umi dan suami pula pulang ke Rawang selepas Maghrib. Tinggallah ibu, Aisyah, emak dan abah.
6 Syawal 1435H - Saudara mara (adik beradik abah) berkunjung pula. Penuhlah rumah emak abah. Meriah. Seperti biasa, tugas ibu banyak di dapur. Menyediakan juadah dan mengemas. Juadah tengahari, ala kadar sahaja.
Aisyah menunggu tetamu hingga tertidur..
Sebelah malam pula, marhaban blok. Rumah kami yang pertama. Bertungkus lumus juga menyediakan juadah ringkas. Nasi ayam. Emak sendiri sudah lupa-lupa akan bahan-bahannya. Makanya, ibu membantu sebaik mungkin. Saudara mara sempat menjamu nasi ayam sebelum berangkat pulang. Biar perut mereka kenyang sebelum pulang. Lega hati tuan rumah.
4 buah kereta beredar selepas Maghrib dan tidak lama kemudian rumah kami sudah mula penuh dengan orang blok pula. Terkial-kial ibu sendirian, membantu emak. Selesai marhaban di rumah kami, ibu segera mengemas. Cuci segala pinggan mangkuk, mengemas dan membersihkan rumah. Memang letih.
Sedang asyik mencuci pinggan di dapur terdengar suara Aisyah memanggil ayah. Sayup. Sayup. Ibu lihat Aisyah berdiri di pintu grill dapur, memandang keluar.
Ibu tegur Aisyah, "Ayah dah sampai?"
Ibu buka pintu grill dan Aisyah menonong berlari meninggalkan ibu. "Ayahhhhh..." Dan akhirnya memeluk ayah yang baru keluar dari kereta. Aduhai anak...
Selesai segala tugas mengemas, ibu dan ayah makan bersama-masa sambil menonton "Nangnok" sementara Aisyah sudah tidur keletihan dan kekenyangan. Mana tidakya 3x makan nasi ayam kegemarannya.
7 Syawal 1435H - Kami pulang ke JB selepas Asar. Jalan tak jammed sebab ramai yang sudah pulang semalam. Maklumlah, budak-budak sudah naik sekolah hari Ahad.
Budak tak sukar bergambar..Nak tengok youtube 'Didi & Friends'
Sempat singgah sebentar di Taman Universiti, Skudai. Beraya di rumah akak sepupu. Sekali jalan, ayah kata. Selepas Isyak, kami berangkat dan menuju ke Kempas Indah, rumah kawan ayah. Juga sekali jalan.
Dengan Auntie..nak mintak air manis..
Raya ini terasa kelainan..
Raya kali ini, terasa cepat benar masa berlalu..
Raya kali ini, baru ibu sedar yang emak dan abah semakin dimamah usia..
Emak sudah tidak segagah dulu. Kalau anak-anak mahu makan apa, gigih dia sediakan tanpa tidur malam. Emak sudah semakin tua. Kudratnya tidak semengah dulu. Tambah pula kelam kabut dengan tetamu tidak putus tiba. Kesihatannya juga tidak baik di bulan Ramadan. Emak masih mengambil upah menjahit. Tidak sampai hati menolak bila orang minta buatkan baju walaupun tidak sebanyak mana tempahannya lagi. Dan aku berkeras melarangnya mengambil upah menjahit baju lagi di tahun depan.
Aku tidak sampai hati meminta apa-apa yang tekak inginkan. Mujur, aku sudah lali memasak, mengemas sendiri. Juadah yang aku sediakan tanpa meminta emak ajarkan lagi. Emak juga, kadang-kadang lupa, apa bahan yang perlu dia sediakan. Aku masakkan rendang daging khas untuk emak, biar dia rasa air tangan anaknya ini pula. Saban tahun, aku rindukan rendang air tangan emak, tapi tahun ini terbalik pula.
Emak demam, abah pun demam. Dua-dua demam, kami empat beradik menjadi risau.
Nota Kaki : Belajar menjahit sementara emak sihat..
23 Ulasan
selamat hari raya maaf zahir batin
BalasPadammacam baca novel plak entry ni..hihi..
BalasPadamsama la kita..mak dah makin lupa apa bahan nak masak..selalunya anak2 yang balik masak utk mak..huhu..
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. ..penuh complete satu entry citer raya kan....
BalasPadamsakan raya tu. hehe
BalasPadamAssalamualaikum dan salam syawal ke-9,maaf zahir batin..wahh..meriahnyer Raya dia..
BalasPadamwah Mar, catatan raya ni..meriah sungguh ni..salam lebaran dari kak ana.. :)
BalasPadamSalam Syawal Mar..meriahnya hari raya Mar..:)
BalasPadamye la thn ni rsa lain sgt beraya kan...
BalasPadamWalau apa pun keceriaan masih ada sebab punya mak-ayah, walau dia sekadar melihat kita... doakan mak-ayah terus diberi kesihatan terbaik Mar..
BalasPadamselamat hari raya..
BalasPadamSalam Syawal, Mar!
BalasPadamPadat juga aktiviti hari raya tahun ni. Memang waktu beginilah teringin sangat merasa air tangan ibu tapi masa berlalu pantas. Tahu-tahu ibu dah tak mampu buat apa-apa lagi untuk kita anak-anak macam dulu. Mak MD pun dah banyak lupa. Tugas memasak juadah raya ni dah lama dilepaskannya. Sedih gak tak dapat merasa air tangannya lagi.
padat xtvt.
BalasPadambestnya ada marbahan blok.ibu duduk felda ke?
smga emak dan abah ibu diberi kesihatan yg baik.aamiin.
nampak benor aisyah rindukan ayahnya :)
syukur sis masih punyai abah..hargainya selagi masih ada
BalasPadamDiari Hari Raya yeh Mar.....Namanya pun Raya, kalau tak org datang berziarah kitalah yg beraya rumah mereka...
BalasPadamMesti sedap rendang Mar kan...
sakan juga beraya..kena ambil alih tugas emaklah ye..masa berlalu cepat, sedar2 kita pulak tua nti..
BalasPadamselamat hari raya!
Slmt Hari Raya Aidilfitri buat Mar sekeluarga.. catatan raya yg sungguh meriah. Saya singgah beraya sini di Syawal ke 10. Mood raya saya masih belum habis lagi... :D
BalasPadamsy pon x meriah ms ry.kelam kabut
BalasPadamSelamat Hari Raya :)
cerita syawal..alhamdulillah dapat juga balik raya di kampung kan..
BalasPadamwah meriahnya
BalasPadamwah, panjang benar entry kali ni
BalasPadampadat dengan segala macam aktiviti
tersentuh pula baca cerita mengenai mak dan abah mar
moga mereka diberikan kesihatan yang baik
Selamat hari raya akk sekeluarga...
BalasPadamslamat hari raya mar.. ^_^
BalasPadamakak, kampung tenglu?.. kampung abang ipar Ros pun kat mersing. kampung tenglu laut.. sama tak kampung tu?. hihi
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.