Periksa Bateri Kereta Anda

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum

Periksa Bateri Kereta Anda | Tinggal berapa hari lagi nak raya kan. Counting tak tu? Macam saya counting sebab tak sabar nak cuti. Hewhewww..

Sudah periksa kondisi kereta korang sebelum bercuti? Disarankan periksa kenderaan korang sebelum menjelang hari raya untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku ketika sibuk berhari raya. Maklum sajalah, bila hari raya, masing-masing keluar beraya ke sana ke mari. Jalan pun jammed sana sini.

Lebih lagi saya percaya bengkel kereta pun sekarang ni tengah sibuk. Berpusu-pusu pelanggan datang. Rezeki nak raya kan. Ada yang datang untuk buat servis berkala. Ada yang menukar tayar baru. Ada yang buat servis lain, mungkin repair mana yang patut.

Macam saya, baru saja tukar bateri kereta baru. Sebenarnya, 2 minggu kebelakangan ni bila pulas kunci, kereta lambat untuk hidup. Saya, sudah minta en.suami tengok-tengokkan apa yang patut tapi dek kerana kesibukan bekerja dan kemalasannya, maka lupalah dia.

3 hari lepas, kereta langsung tak hidup. Pulas kunci, cuma bunyi klik dan takde crank. Pulas lah berapa kali pun tetap sama. Mujur juga menantu pengasuh anak saya ni mekanik. Anak menantu pengasuh saya ni cuma duduk menyewa sebelah rumah pengasuh anak saya. Dia jumper bateri, maka hiduplah.


Keesokkannya baru saya tukar bateri baru. Itu pun bila perasan selepas pulas kunci, ada gap 1-2 saat sebelum enjin hidup. Berdezuplah saya ke bengkel berdekatan selepas jemput Cik Aisyah balik tadika.

Lihatlah, terang lagi bersuluh tarikh di bateri kereta tu. 25/11/15. Masuk 3 tahun dah, memang patut dah KO. Kereta menggunakan sel kering.


Bateri baru pun masih menggunakan sel kering. Proses pemasangan pun sekejap je. Ada duit, kejap jelah kan. Ini pun setelah survey beberapa bengkel. Tapi sebenarnya, kalau korang nak mudah, boleh call bateri.com. Mereka akan periksa dahulu kawasan korang tu kawasan liputan mereka atau tidak. Lebih mudah sebab korang tak perlu keluar ke bengkel. Harga di bateri.com pun murah.


Kali ini, bateri kereta memakai brand Yokohama. Berbaloi la dengan harganya. RM175 setelah tolak harga bateri lama. Bateri lama dia ambil RM10. Emm.. Kenapa saya pasang di bengkel? Sebab pada saya mekanik mereka yang pasangkan dan ada jaminan pemasangan. Kalau ada masalah masa tu terus senang saya nak claim.


Sebelum tiba musim perayaan atau sedang beraya, lebih baik korang periksa kenderaan korang contohnya bateri. Manalah tahu korang terrrlupa macam saya ni. Bukan apa, takut nanti musim perayaan banyak kedai spare part tutup. Bengkel pun tutup. Kot kalau ada yang buka pun, silap-silap diorang ketuk harga mahal pula.


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Sis tiap kali servis, kedai akan bgtau bateri brp percen, so kalau bawah 20% dia memang kata mnta tukar, takut nnti berhenti tgh jalan hehehe ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.