Ujian Kifarah Dosa

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
✍🏿 UJIAN KIFARAH DOSA ?


Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul... Tapi, 
Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.
ALLAH jua diajukan soalan.
Kenapa dan Mengapa.
Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.
Allah dah janji,
INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)
✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)
✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??
✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??
✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??
Bukan.. bukan..bukan..
Bukan kerana DOSA semata2...
Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita. 
Kerana ALLAH rindu airmata kita...
Indah kan..
Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka. 
Sahabat yang dikasihi,
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat.. 
Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.
"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."
Allah itu ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..
Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .
Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.
Note :  Perkongsian Whatapps

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. time kasih utk share nih.... sgt melekat di kalbu...
    huhuhu sbb nya kadang kita ni, bersangka bukur pd Dia bila kita di uji

    BalasPadam
  2. Betul tu..ujian ni utk insan terpilih sahaja..Allah tau kita boleh, jadi Allah pilih kita..

    BalasPadam
  3. Ujian itu satu nikmat utk membantu kita meneruskan hidup

    BalasPadam
  4. Selamat pagi sabtu Ibu ucapkan pada sis. Kalau hidup di dunia memang penuh ujian

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.