Carseat Kooper Pago Untuk Baby Azri

By Mar Mansor - 1:24 PTG

Assalamualaikum

Carseat Kooper Pago Untuk Baby Azri | Lama dah nak share tapi dek kekangan masa dan kemalasan asyiklah tertangguh-tangguh. Kisah ini tidaklah sehebat mana, tapi sekadar perkongsian.

Anak saya semua comel-comel je. Sebab baka memang kecil molek. Dah mak pak memang comel, siapa yah dah pernah jumpa kami tau lah. So, sesiapa yang rasa korang memang keturunan besar (tak comel macam kitorang) silalah survey jenama lain.

Tahun 2020, akan diwajibkan pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak. Boleh baca di SINI.


Bersempena hari ulang tahun saya yang ke-35, saya belikan hadiah untuk baby kesayangan saya, Azri. Takyah pelik sangatlah. Ibu dia lebih utamakan anak dari dirinya.

Kooper Pago - Jenama yang menjadi pilihan saya setelah membuat timbang tara dari segi harga dan keselamatan. Carseat ini memiliki certified certificate.


Di carseat pun ada arahan yang sesuai mengikut umur dan berat anak.



Boleh recline 3 step.

Masa beli tempohari kami menaiki Alza, makanya pemasangan adalah di kereta Alza. Untuk baby 8 bulan seberat 7kg macam Azri ni, adalah disyorkan RR (baby mengadap belakang). Tidak sesuai letak di seat hadapan sebab ada airbag.


Kooper Pago ni ada warranty 4 tahun dan boleh digunakan dari bayi newborn hingga berat 18kg. Sepertimana yang saya katakan, anak saya comel-comel. Abang Alif yang sudah 4 tahun lebih pun berat baru 11.6 kg.

Sebut pasal warranty, boleh register di website https://www.koopers.co/ dan hanya perlu ikut arahan. Resit pembelian dan tag bar code harus disimpan.

Saya siap test kat Abang Alif. Memang sesuailah dengan anak-anak saya. 4 tahun masih boleh duduk di carseat ini lagi.


Buku manual turut disediakan. Oleh kerana saya berulang alik ke tempat kerja menaiki Viva, maka saya pun pasanglah di kereta Viva berpandukan buku manual yang diberikan. Viva ni takde airbag, saya boleh install carseat di seat depan.


Saya beli baru ni dengan harga RM277 instead harga sebenar RM299 sebab End-Year- Sales. 


Saya beli di mana?





  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. cantik dan nampak sangat selesa dan sesuai untuk si kecil tu

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. terima kasih share. boleh la saya survey ^_^

    BalasPadam
  3. Nampak baby selesa dengam carseat Cooper tu

    BalasPadam
  4. Sampai 18kg berbaloi sangat. Harga pun ok.

    BalasPadam
  5. wahh.. bagus sharing mar ni.. anak kite pun halus2 jer mcm anak mar.. ada survey beberapa jenis car seat jugak.. tp yg ni harga masih mampu milik lagi.. boleh masuk dalam list ni..

    BalasPadam
  6. Wahhh. Alhamdulillahh. Safety first kann? Takdelah risau sangat kalau anak sorang sorang kat belakang hehe. elok terletak.

    BalasPadam
  7. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.INFO

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.