Resepi Daging Burger Masak Kicap Bersos Lada Hitam

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Daging Burger Masak Kicap Bersos Lada Hitam | Salam Ramadan 1441H. Menjadi kenangan buat semua bulan ramadan kali ini tiada terawih di masjid mahupun surau. Terawih di rumah bersama keluarga.

Bersempena musim PKP, saya kongsikan resepi ringkas ni. Manalah tahu korang dah kekeringan idea nak masak apa untuk sahur. Resepi ni mudah je tapi sedap.


Resepi Daging Burger Masak Kicap Bersos Lada Hitam

Bahan-bahan :-

- 3 keping daging burger - potong dadu
- Sebiji bawang merah besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- sedikit halia - dihiria
- 2 biji lada - dipotong dua
- kicap manis
- sos lada hitam
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :-

1- Potongkan daging. Ketepikan.


2- Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan cili.


3- Tumis bahan hiris hingga naik bau dan keperangan.


4- Masukkan daging burger yang telah dipotong. Goreng hingga masak separuh.


5- Setelah daging agak kering, buang lebihan minyak. Masukkan 2 sudu kicap. Kemudian, masukkan 2 sudu sos lada hitam. Boleh tambah ikut selera masing-masing.


6- Siap.



Saya suka daging yang masak lembab-lembab atau sedikit berkuah. Rasanya lebih sedap dari kering.

Selamat mencuba.





  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau dekat cafe atau kantin sekolah ada la lauk ni.
    Tak pernah try lagi buat dekat rumah.
    Nanti boleh la cuba hehe.

    BalasPadam
  2. memang sedap ni Mar..kadang Sis masak tomato gak letak kacang pes, sedap gak..

    BalasPadam
  3. Huishhh, terliurrrrnyeeee! Bolah try lah nanti~ hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.