Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Bayi Mengalami Nafas Laju

By Mar Mansor - 12:15 PTG

Assalamualaikum

Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Bayi Mengalami Nafas Laju | Pernahkah korang mengalami situasi sebegini? Di mana bayi atau anak kecil korang tiba-tiba sukar bernafas dan dadanya berombak kencang.

Bagaimana mengesan bayi korang mengalami nafas laju? Apa tu nafas laju? Saya kira bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti mengetahui akan hal ini. Situasi nafas laju ni bila kita lihat bayi kita sukar bernafas, mengah, dan dia bernafas agak laju. Kita dapat perhatikan dadanya berombak dan ada lekukan bila dia bernafas. Bila berlaku keadaan sebegini, jangan lengah untuk bawa terus ke hospital bahagian kecemasan.

11 Disember 2020 - Saya pergi dan balik kerja seperti biasa. Balik dari tempat kerja terus ambil anak-anak di rumah pengasuh. Masa tu pengasuh beritahu yang Azri mengah, macam susah bernafas. Ye, saya dapat perhatikan dia tidak aktif seperti selalu malah nafasnya berbunyi wisel.

Biasanya bila nafas berbunyi berdesing atau wisel ini kerana hidungnya telah tersumbat, samada dengan hingus atau susu. Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulang rusuk. Perhatikan ada lekuk atau otat timbul tenggelam.

Sampai rumah saya terus siapkan barang-barang untuk ke hospital. Yelah, kalau ke hospital bukan sekejap masanya. Usai maghrib, kami ke HSA (Hospital Sultanah Aminah). Suami menurunkan saya dan Azri di hadapan bahagian kecemasan. Saya terus scan QR code dan beratur di hadapan kaunter. SOP perlu diikuti ye. Tiba giliran saya, petugas di kaunter bertanya, sebab apa datang ke sini. Terus saya bagitau nafas anak laju. Dia bingkas dan menyelak baju Azri. Kemudian terus membawa saya masuk ke zon kuning.


Inilah kami di bahagian zon kuning. Azri diberikan neb sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai buat neb, doktor akan periksa keadaannya. Rehat 15 minit, sambung buat neb lagi. Selesai neb kali ke-3, Azri diminta membuat x-ray pula. Terus terang saya katakan segala urusan tidak perlu menunggu lama. Setelah mendapat result, kami kembali ke wad zon kuning dan menunggu doktor memeriksa Azri lagi.


Berehat sebentar minum susu. Lega sangat bila dia dah mahu minum susu. Sebelum ni dia tak nak minum. Botol susu tu dipegang je. Mungkin tak selesa itu yang tak boleh nak minum. Diapers pon ringan je tau sebab dia kurang minum (kurang kencing bila kurang minum).

Jam di dinding sudah menunjukkan 10.30pm. Doktor meminta waris menguruskan kemasukan Azri ke wad. Selesai urusan kemasukan wad, seorang petugas datang bersama setong kecil oksigen. Azri dipakaikan wayar tiub oksigen. Kemudian, kami berjalan ke wad.

Ayahnya pula selesai menguruskan kemasukan wad, dia terus uruskan Aisyah dan Alif pula. Aisyah dan Alif menumpang tidur di rumah adik ipar saya. Kemudian, dia terus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang saya dan Azri pula. Patah balik ke hospital pula untuk menghantar barang kami dan kemudian pulang untuk berehat.


Masa di wad, selera makan Azri sudah ada. Meskipun makan sedikit-sedikit tapi legalah juga hati ni sebab dia dah makan. Siap peluk botol air masak dah tu. Meskipun begitu Azri masih perlu memakai oksigen. Dadanya masih berombak dan masih ada lekuk. Jam 12 tengah malam, Azri mengambil neb lagi. Jururawat mengajar cara memasang tiub wayar di mesin dan ubat berbentuk cecair yang dipasang perlu dihabiskan. Neb perlu diambil selang 4 jam. Neb seterusnya adalah pada jam 6 pagi.

Selesai mengambil neb jam 12 malam, Azri tak tidur dah. Sibuk nak tengok Didi & Friends pula. Saya layankan ajelah lagi pun badan pun dah penat, memang rasa nak tidur je ni. Maka berbaringlah saya di katil bayi bersama Azri.

Jam 6 pagi, saya bangun dan bersihkan diri. Kemudian terus bawa Azri ke bilik tengah untuk mengambil neb lagi. Selesai neb, segar bugar pulak kan budak kecik ni. Dia terus tak tidur tau. Saya pula yang rasa dah mamai. Yelah, mengantuk kot. Balik kerja terus shot ke hospital. Tidur di wad pula tu.

Sebelum jam 8 pagi, saya mandikan Azri. Yelah nanti doktor akan meronda kan, biarlah anak tu nampak bersih. Suka sungguh Azri bermain air di hospital ye. Bising mulut dia seperti selalu.

Pemeriksaan doktor pagi itu, Azri masih perlu memakai oksigen sebab nafasnya masih laju dan dari segi pengiraan per minit pun belum capai kiraan yang selamat.

Cara pengiraan nafas 
< 2 bulan : < 60/minit
2 bulan - 1 tahun : < 50/minit
1 - 5 tahun : <40/minit

Macam Azri, berusia 1 tahun 9 bulan, kalau kira tu memang lebih 50. Hampir cecah 60 tau masa awal-awal tu.

Pemeriksaan doktor jam 8 pagi tu, Azri masih perlu memakai oksigen, tapi neb seterusnya bertukar dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali. Bermakna neb seterusnya pada jam 12 tengahari. Lega sikit lah. Pemeriksaan jam 10 pagi, doktor sahkan sudah boleh buka wayar oksigen. Alhamdulillah. Takdelah dia mengaruk nak cabut wayar je. Tapi, lasak kemain lepas dah cabut wayar. Tak  nak duduk atas katil dah. Dia minta pakai kasut, saya pakaikan. Tapi, terlalu lasak pula. Hingga jururawat tegur agar tiadak terlalu lasak, khuwatir dia mengah. Memang pun. Nanti kejap-kejap dia duduk. Penat.

Ikutkan selesai neb jam 12 tengahari tu, doktor akan datang memeriksa Azri lagi. Tapi, doktor sibuk. maka kami tunggu ajelah keputusannya. Hingga saya suruh ayahnya balik rumah dulu sebab takut Azri mungkin akan kena bermalam di hospital lagi. Neb berikutnya adalah jam 6 petang.

Lebih kurang 5.15pm, paed datang memeriksa keadaan Azri. Azri diberi discharge atas jaminan saya boleh memantaunya dirumah. Sekiranya berlaku lagi seperti sebelum ni, segera ke hospital semula dan tunjuk surat ini di kaunter.


Dari surat doktor, Azri didiagnosis Acute Bronchiolitis

Apa punca penyakit Acute Bronchiolitis ni?
- Memiliki kekebalan tubuh yang rendah.
- Lahir pra matang.
- Berusia kurang dari 3 bulan.
- Tidak pernah mendapat ASI.
- Tinggal dilingkungan padat.
- Sering melakukan kontak dengan anak-anak lain.
- Sering terdedah dengan asap rokok.
- Ada sakit paru-paru atau jantung.



Alhamdulillah, syukur Azri dah boleh balik. Inilah bil Azri selama dua hari. RM3. Terkejut saya. Hanya RM3. Walau apa pun saya sangat bersyukur sebab segera ke hospital.







  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Semoga Azri terus sihat, Mar pun jaga diri tau

    BalasPadam
  2. Allahu seronok sangat tengok harga rawatan macam tu kan...gitu lah kalau bawa ke hospital kerajaan, lebih menjimatkan..kalau perkhidmatan excellent, memang berbaloi-baloi dapatkan rawatan di gomen saja..

    mudah2an Azri terus sihat..ameen ameen..lepas ni tak boleh lasak2 sangat dah..

    BalasPadam
  3. alololo.. get well soon dear :)

    BalasPadam
  4. Seriau baca. Mak mana tak risau kan. Lagi macam ena takde pengalaman macamni. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh, kesian dia.

    Jumlah rawatan RM3 je? Murahnya.

    BalasPadam
  6. semoga Azri sihat2 saja..inshaAllah

    BalasPadam
  7. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.