Assalamualaikum


Aku bukan PJJ. Aku sebumbung dengan suamiku. Aku berjumpa suamiku saban hari. Tidur sebantal saban malam. Suamiku ada di rumah bila habis waktu kerja hingga anak-anakku tidak boleh berenggang dengan ayah mereka.

Tapi, kenapa aku sering sendiri?

Sering sendiri ke KK bawa anak check-up.

Suamiku bukan senang nak keluar dari tempat kerja. Kerjanya tidak boleh ditangguh, tak macam aku. Boleh tinggal sekejap, minta kawan cover. Dapat pula kawan yang baik-baik, bos yang baik. Aku nak keluar bila-bila masa pun boleh.

Aku sering sendiri bawa anak check-up.

Bukan kerana aku terlalu kuat. Aku wanita biasa-biasa sahaja. Keluar rumah awal pagi, hantar anak ke rumah pengasuh, kemudian terus menandu ke tempat kerja. Tak tuk tak tuk tekan papan kekunci. Siap, save, print, check, minta bos-bos sign, scan, re-name file, send email, check for delivery, sambung buat report lagi. Kadang kala ada gangguan, minta bawa file ke bilik meeting.

Bila bosan, tengok keliling kosong, sambung semula hadap PC, buka pula blog sekejap, baca entri kawan-kawan, drop komen 3,4 blog. Log out. Sambung siapkan report, check email.

Aku sering disapa ketika di KK, "sorang je?" Aku sekadar mengiakan dengna senyuman. Kadang-kadang si kakak ikut, dengan mulut becoknya, dengan aktifnya. Rasa nak jentik-jentik juga. Si adik pula adakalanya mengaruk. Kepanasan, nak menyusu, nak tidur. Tahu sajalah, menanti giliran bukan seminit dua, cecah berjam-jam lamanya.

Mungkin ada yang pandang sinis pada suamiku.

Tapi, tidak pada aku. Aku tidak pernah terfikir nak merajuk ke apa ke. Tak pernah. Aku biasa je. Tak sempat rasa nak merungut. Ini kan anak-anak aku, nak merungut kenapa. Dia kan suami aku. Cari rezeki buat kami, biarlah dia. Aku masih berdaya. Sedikit pun aku tak terbeban.


Pinjam dari Google