Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Lukchup | Manisan Thai

Assalamualaikum


Luk Chup merupakan manisan yang terkenal di Thailand. Ada yang panggil agar-agar Luk Chup. Ada pula yang panggil candy Luk Chup

Ia terhasil dari kacang hijau/ kacang dhal yang dikisar bersama santan dan gula. Kemudian, dimasak sehingga pekat dan tidak melekat pada periuk. Kemudian disejukkan. Setelah sejuk, barulah dibentuk-bentukkan seperti buah-buahan. Setelah dibentukkan, diwarnakan pula. Setelah itu dicelup pula dengan agar-agar dan disejukkan.



Serius, saya terpegun melihat manisan ini. Dari segi bentuk yang pelbagai dan warnaan yang sangat kemas. Kagum saya melihat kegigihan si pembuat.



Saya pun gigih membelek satu persatu manisan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan ianya sangat comel. Saiznya kecil sahaja. Agak-agak sebesar setengah ibu jari. Tapi, montel-montel lah sebab bentuk buah-buahan.


Dalam kekaguman, saya tetap teruja nak rasa. Apakah rasa sebenar kuih comel ini? Emm...rasanya rasa kacang hijau, manis-manis. Luarnya jeli (agar-agar). Pada saya, ia tidak sesuai dimakan dengan banyak sebab rasa manis.

Bersesuaian dengan harganya, kecomelannya, proses pembikinan kuih ini sangat-sangat renyah.


Saya tempah untuk hantaran bertunang adik bongsu saya. Oleh kerana ianya sangat comel dan cantik, memang sesuai untuk dijadikan hantaran dan cenderahati.



Untuk tempahan, boleh ke

Facebook : Mimi Lukchub
Whataps : 017-766 8697




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. wahh memang comel2 manisan ni..mcm perhiasan pun ada.. hihi.. tak pernah makan lagi..:)

    BalasPadam
  2. Betullah Mar:)
    Menarik sebab macam buah betul dah tu berkilat lagi
    Kreatif betullah mereka kan.

    Bila buat hantaran tambah cantik sebab dah kena hias.

    BalasPadam
  3. Cantik tu Mar..
    Mmg sesuai utk hantaran pertunangan atau perkahwinan.

    BalasPadam
  4. ooo buat dr kacang dhal rupanya..

    BalasPadam
  5. Uishhh...Comel sgt...Kang kalo beli sayang pulak nk mkn..haha

    BalasPadam
  6. mmg comei betul lah lukchup tuh...
    msti syg nk mkn tuh

    BalasPadam
  7. Salam singgah sini, pernah tengok banyak kali tapi x pernah makan ,sekali tengok macam perhiasan kaca pulak hiii

    BalasPadam
  8. nampak cantik sangat Mar, sesuai buat hantaran kan :)

    BalasPadam
  9. tabah betul nak buat supaya serupa dengan buah-buahan sebenar.
    mesti banyak pewarna kena main..
    hasilnya memang terbaik.

    BalasPadam
  10. oooo patut la pernah tengok sape kahwin ada benda macam ni

    BalasPadam
  11. Comel dan cantik. Kalau tengok kecomelan dan kegebuannya memang rasanya renyah nak membuat. Not my type ^_^ Apa type saya pun tak tahulah!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code