Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Sering Sendiri

Assalamualaikum


Aku bukan PJJ. Aku sebumbung dengan suamiku. Aku berjumpa suamiku saban hari. Tidur sebantal saban malam. Suamiku ada di rumah bila habis waktu kerja hingga anak-anakku tidak boleh berenggang dengan ayah mereka.

Tapi, kenapa aku sering sendiri?

Sering sendiri ke KK bawa anak check-up.

Suamiku bukan senang nak keluar dari tempat kerja. Kerjanya tidak boleh ditangguh, tak macam aku. Boleh tinggal sekejap, minta kawan cover. Dapat pula kawan yang baik-baik, bos yang baik. Aku nak keluar bila-bila masa pun boleh.

Aku sering sendiri bawa anak check-up.

Bukan kerana aku terlalu kuat. Aku wanita biasa-biasa sahaja. Keluar rumah awal pagi, hantar anak ke rumah pengasuh, kemudian terus menandu ke tempat kerja. Tak tuk tak tuk tekan papan kekunci. Siap, save, print, check, minta bos-bos sign, scan, re-name file, send email, check for delivery, sambung buat report lagi. Kadang kala ada gangguan, minta bawa file ke bilik meeting.

Bila bosan, tengok keliling kosong, sambung semula hadap PC, buka pula blog sekejap, baca entri kawan-kawan, drop komen 3,4 blog. Log out. Sambung siapkan report, check email.

Aku sering disapa ketika di KK, "sorang je?" Aku sekadar mengiakan dengna senyuman. Kadang-kadang si kakak ikut, dengan mulut becoknya, dengan aktifnya. Rasa nak jentik-jentik juga. Si adik pula adakalanya mengaruk. Kepanasan, nak menyusu, nak tidur. Tahu sajalah, menanti giliran bukan seminit dua, cecah berjam-jam lamanya.

Mungkin ada yang pandang sinis pada suamiku.

Tapi, tidak pada aku. Aku tidak pernah terfikir nak merajuk ke apa ke. Tak pernah. Aku biasa je. Tak sempat rasa nak merungut. Ini kan anak-anak aku, nak merungut kenapa. Dia kan suami aku. Cari rezeki buat kami, biarlah dia. Aku masih berdaya. Sedikit pun aku tak terbeban.


Pinjam dari Google












Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. singgah pagi...
    tak apa...biarkan mereka fikir apa yg mereka rasa...
    yg penting kita tahu apa yang kita rasa :)

    BalasPadam
  2. bagus Mar berfikiran positif dan betul! Bukankah perkahwinan itu utk saling melengkapi? Suami tak sempat, isteri uruskan. Kita bahagia dengan cara kita.

    BalasPadam
  3. Suami kita, kita tahulah macamanakan, Mar. Apa orang nak kata buat apa nak peduli. Kalau suami ambil time off pun, hilang sedikit pencarian, bukan mereka yang asing bagi kita yang akan beri makan kita anak beranak.

    Kiranya Mar ni berdikari jugalah orangnya. Saya ni walaupun terlebih mampu berdikari, seringkali juga nak suami meneman ke mana-mana kalau ada urusan keluarga.

    BalasPadam
  4. Saya pun macam sis juga.. semua uruskan sendiri.. tapi ada masanya tetap minta tolong pada suami. Tapi sekarang bila suami dah takde, baru rasa apa yang dilakukan tu sebagai latihan kehidupan bila suami tinggalkan kita.

    BalasPadam
  5. Sebab itulah kenapa Nadz pilih Mar menjadi pasangannya
    Dia tahu perempuan pilihannya mampu menggalas ketika dia menjalankan tanggungjawabnya yg lain. Allah tu adil Mar. Apa pun org nak kata terpulang, sebab kita tahu rumahtangga kita bahgaia dan tak ada masalah.

    BalasPadam
  6. yang penting kita tau apa yang kita buat untuk keluarga kita kan mar...biarlah mereka nak kata apa pun...

    BalasPadam
  7. Pedulikan apa yang orang di sekeliling perkatakan, apa yang penting, suami sis tau tanggungjawab dan tak mengabaikan sis sekeluarga.. =)

    BalasPadam
  8. Ade ke yg pndang serong ibu pegi kk sndiri? Klau mek, mek salute org pegi kk sndiri mknenya dia indipendent :) yg lain sebok nk mngata tu pehal? Baik sgt ke laki dia? Baik sgt ke ank jantan dia?

    Bnyk org bsing dgn bnda mata kasar sbb tk selami yg tersirat. Hmm, peduli je la yg cm gtu..

    BalasPadam
  9. el pun sllu je pergi mana2 sendiri ngan anak2
    tu dulu pun pergi sendiri je check up
    diorg x tau bukan selalu husband kita ada ..mcm husband el..cuti x sama..tu yg kdg2 npk el ngan anak2 je bila kuar g jalan2..haih nak tgu husband..mati kutu duk dlm rumah hahaha..

    BalasPadam
  10. Saya salute lah wanita bekerjaya seperti awak nih. Bukan mudah, saya faham. Ada berlaku depan mata. Jangan rasa down, kuatkan semangat. Pedulikan cakap2 orang. Bukan depa pon kasi kita makan kan, kita carik makan kita sendiri jugak. ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code