Assalamualaikum


Luk Chup merupakan manisan yang terkenal di Thailand. Ada yang panggil agar-agar Luk Chup. Ada pula yang panggil candy Luk Chup

Ia terhasil dari kacang hijau/ kacang dhal yang dikisar bersama santan dan gula. Kemudian, dimasak sehingga pekat dan tidak melekat pada periuk. Kemudian disejukkan. Setelah sejuk, barulah dibentuk-bentukkan seperti buah-buahan. Setelah dibentukkan, diwarnakan pula. Setelah itu dicelup pula dengan agar-agar dan disejukkan.



Serius, saya terpegun melihat manisan ini. Dari segi bentuk yang pelbagai dan warnaan yang sangat kemas. Kagum saya melihat kegigihan si pembuat.



Saya pun gigih membelek satu persatu manisan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan ianya sangat comel. Saiznya kecil sahaja. Agak-agak sebesar setengah ibu jari. Tapi, montel-montel lah sebab bentuk buah-buahan.


Dalam kekaguman, saya tetap teruja nak rasa. Apakah rasa sebenar kuih comel ini? Emm...rasanya rasa kacang hijau, manis-manis. Luarnya jeli (agar-agar). Pada saya, ia tidak sesuai dimakan dengan banyak sebab rasa manis.

Bersesuaian dengan harganya, kecomelannya, proses pembikinan kuih ini sangat-sangat renyah.


Saya tempah untuk hantaran bertunang adik bongsu saya. Oleh kerana ianya sangat comel dan cantik, memang sesuai untuk dijadikan hantaran dan cenderahati.



Untuk tempahan, boleh ke

Facebook : Mimi Lukchub
Whataps : 017-766 8697