Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi :Waffle Sedap Dan Mudah Bersama Trio

Assalamualaikum

Waffle Sedap Dan Mudah Bersama Trio | Rasmi juga Waffle Maker Trio saya ni. Tiada sebab munasabah kenapa saya agak lambat mencuba waffle maker ni. Agak malas mengeluarkan gajet-gajet yang tersimpan rapi di dalam kotak.

Untuk membuat waffle, perlu menggunakan mixer untuk lebih mudah. Bukan mudah rupanya untuk membuat waffle ni. Perlu mencuba dan terus mencuba. Almaklumlah saya tak pandai membaking. Saya mencuba 2 versi resepi yang berbeza.

Mixer jenama Pensonic ini saya beli di Tesco. Kebetulan ada promosi sempena hari raya. Niat hati nak membaking, tapi sampai ke sudah mixer ni tersimpan rapi di dalam kotak. Harga promosi murah je. Dalam RM150.


Apa kelebihan Waffle maker ini? Boleh baca Waffle Maker Trio.


Resepi Waffle 1

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu baking powder
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1/2 cawan mentega - dicairkan
- 3/4 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
- Panaskan waffle maker.
- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul telur hingga betul-betul kembang.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan lain dan pukul hingga sebati.
- Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan dan ratakan. Ikutlah ketebalan waffle maker masing-masing.
- Tutup waffle maker dan masak sehingga warna keemasan (golden brown).
- Sapukan jem/ coklat/ peanut butter.




Untuk Waffle Maker jenama Trio ini, saya sarankan temperature letakkan di dark. In sha Allah waffle korang akan jadi golden brown dan crunchy. Masa telah diset secara automatik iaitu selama 3 minit untuk sekali pembakaran.

Cubaan kali ke-2 telah dilakukan oleh en.suami dan hasilnya agak tidak memberangsangkan meskipun bahan yang digunakan sama seperti saya buat.


Resepi Waffle 2

Bahan-bahan:
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 sudu baking powder
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1/2 cawan mentega - dicairkan
- 3/4 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
- Panaskan waffle maker.
- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul telur hingga betul-betul kembang.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan lain dan pukul hingga sebati.
- Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan dan ratakan. Ikutlah ketebalan waffle maker masing-masing.
- Tutup waffle maker dan masak sehingga warna keemasan (golden brown).
- Sapukan jem/ coklat/ peanut butter.


Waffle yang en.suami hasilkan untuk cubaan kali ke-3 ini agak cantik. Cuma kurang lembut. Apa pun, kami akan terus mencuba untuk mendapatkan waffle yang sedap, lembut dan rangup.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Adehh....Sedapnya nmpk wafer tu...Huhu

    BalasPadam
  2. teringin nak buat waffle yang depa jual kat booth tu..ranggup lembut n wangi..tp waffle maker xde..jap nak usha hat hangpa pya tu hihi

    BalasPadam
  3. perghhhh menarik ni waffle maker..

    BalasPadam
  4. Fuh. Sedap ni. Sapu nutella lagi terangkat!

    BalasPadam
  5. Wow, teringin jugak nak merasa waffle airtangan sendiri, kehkeh. Kena beli waffle maker la nampak gayanya

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code