Assalamualaikum
Sakan Membida di Chilindo.com | Sudah berbulan nampak website ini dikongsi rakan yang terjebak. Mula-mula, saya seolah tidak berminat untuk membida sebab takut ditipu. Tapi, semakin ramai rakan lain yang terjebak membida dan rata-rata puas hati dengan barang yang mereka dapat. Pendek kata, setanding hargalah. Tidaklah sampai beli dengan harga RM10 tapi expected setinggi barang RM100. Tidaklah begitu.
Sebenarnya, tahap kesibukan saya ni tidak dapat dibendung. Rasa stress juga akhir-akhir ini. Dari sebelum puasa sudah sibuk. Bawa ke raya haji pula tu. Sekarang, sudah naik kerja selepas raya haji lagi. Memang banyakkkk kerja. Tahap nak nangis dah ni.
2 minggu lepas, saja hilangkan stress dengan membida di www.chilindo.com. Layan juga lah sekejap. Menang satu barang. Oleh kerana sudah menang satu barang, saya cari lagi barang lain sebab mahu jimatkan kos penghantaran. Kos penghantaran adalah sebanyak RM8 untuk semua penghantaran. Murah kan? Memang sakan lah membida!
Berhantu oi chilindo ni. Khayal bila sudah membida. Bila ralit sedikit, barang yang kita mahu akan tamat waktu membida. Kemudian, kita tidak putus ada untuk cari barang lain. Khayal..khayal..tobat aku..
Hamppir 2 jam juga saya membida. Itu pun dapatlah 2 barang yang pada saya berbaloi juga menang.
Dipendekkan cerita, suami saya turut terjebak membida bila saya tunjuk website tersebut. Lagi dasyat sekali dia bida. 10 barang sekali dia dapat. Dia cakap, dia bida pagi sebelum masuk kerja. Sabar lahai.. Tapi, kalau tengok pada barang yang dia bida, memang berbaloi sebab total semua RM49.90.
Tada..
Budak comel ni keluar dari kotak chilindo. Hebat tak kuasa membida?
Ini dua barang yang saya menang. Vakum kereta ni saya dapat dengan harga RM24.60. Itu pun sebab saja main-main. Ala sebenarnya tak berapa reti baru pertama kali membida. Tu yang sebat jela bila dah menang. Alas kerusi tu pula item kedua saya bida bila sudah gelabah cari barang. Dapatlah dengan harga RM3. Oleh kerana masa agak limit, saya bida 2 barang ni sajalah. Takut ralit, kerja apa pun tak siap.
Ini pula barangan yang en.suami bida. Ada dua barang tidak ada dalam gambar sebab barang-barang sudah dipunggah oleh anak-anak.
Pengalaman saya membida di Chilindo.com?
Seronok sebab barang murah-murah dan bertambah seronok bila menang dan dapat dengan harga yang murah. Berbaloi sangat. Dapat lepaskan gian bershopping.
Tapi, berhati-hati lah sebab agak mengkhayalkan. Seronok sangat kan membida.
5 Ulasan
Whoaaaa, sudah membida gituuu ! Hehehe~
BalasPadamBagusss2, boleh bida lagi nantii..kannn
Ai masih belum berpeluang untuk membida..
BalasPadamWahhh..Sakan..haha
BalasPadamsibuk macam mana pun,bida jugak kat chilindo kan..hahaha..takpe mar.itu namanya terapi...hehehe
BalasPadamselamat membida kakak. hamboi sakan ahh.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.