Assalamualaikum

Buat Cermin Mata Baru di Toms Optical | Kali ini cuba periksa mata di Toms Optical pula. Sebelum bercadang membuat pemeriksaan mata, dah set dalam otak, cari cermin mata dalam bajet RM500 sahaja.
 
Masuk-masuk kedai terus tanya frame paling murah. Memang banyak yang murah-murah lebih-lebih lagi untuk power mata di bawah 400.

Ada RM99 include lens, ada juga RM199 include lens.

Untuk pengetahuan semua, power mata saya dah naik. Mata kanan 850 manakala mata kiri pula 700. Patutlah cermin kata yang ada ni tak berapa jelas pandangan. Kerap pula sakit kepala sejak dua menjak ni.
Berat hati juga nak keluar duit untuk buat cermin mata ni pada mulanya. Konon, nak tunggu bonus masuk, tapi seolah mimpi di siang hari pula menanti benda yang tak kunjung tiba. Takpe, keluar modal demi mata dan kesihatan.

Memandangkan bentuk muka saya yang kecil, agak sukar memilih bingkai yang sesuai. Saya mencari bingkai yang melekap bila dipakai dan tidak terlalu kembang bila mengenakan tudung. Kebanyakkan bingkai yang ada bersaiz besar. dan membuatkan tudung saya kembang. Sebab tu saya selalu memakai contact lens.

Lagi satu, oleh kerana power rabun saya ni agak tinggi, bingkai yang sesuai dengan kanta adalah jenis bingkai penuh dan tebal. Dah tak sesuai pakai bingkai halus dan half frame sebab akan nampak ketebalan kanta.

Apa yang menarik di Toms Optical Mydin Taman Rinting ini, dari segi pemeriksaan mata memang betul-betul dia periksa. Lama juga ketika sesi pemmeriksaan dilakukan. Memuaskan hati saya.

Selain layanan yang bagus, cermin mata juga cepat siap. En.suami turut menempah cermin mata berikutan sejak kebelakangan ini dia kerap sakit kepala dan mata mudah kering. Rupa-rupanya dia alah pada sinaran cahaya matahari dan disuggest untuk memakai kanta yang boleh berubah gelap bila berada di bawah cahaya matahari.


Cermin mata yang telah siap berserta pembersih kanta percuma.


Cermin mata saya jenis ini jelah sesuai. Bingkai lain tak fixed bila cuba. Boleh la dari takde kan. Corak di bingkai pun cantik.


Harga yang perlu dibayar untuk cermin mata saya.

Bingkai cuma RM19!
Lens RM165
Lens RM165 - untuk tipiskan kanta.
Jumlah yang perlu dibayar RM349.

Yess.. jauh lagi dari bajet. Terus buatlah. Tak tahan mata tak nampak ni uii...


Hai... i am specky. Tengok lah berapa lama saya bertahan memakai cermin mata ni. Sebab sudah selalu sangat pakai contact lens. Tapi, harapan saya kali ni nak terus pakai cermin mata, tak mau bercontact lens lagi dah. Umur pun dah makin bertambah, power mata pula bertambah berganda-ganda. Bila buka cermin mata, apa pun tak jelas hatta yang depan hidung.