Assalamualaikum

Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP Untuk Rumah Pertama | Proses rumah flat kami ni agak lambat dan renyah. Mungkin sebab ianya projek kerajaan yang melibatkan penduduk di kmapung-kampung di Majidi.

Tahun lepas kami dapat surat untuk menyelesaikan rumah tersebut secepat mungkin sebab ada dinyatakan due date, sebelum atau pada 31 Januari 2018. Tapi, kini sudah pun Jun 2018, kami lihat banyak lagi rumah yang kosong walhal semua rumah sudah ada nama.

Boleh baca Survey Bank Sebelum Submit Loan, pengalaman kami dalam membuat pinjaman rumah.

Seperti yang telah sedia maklum, hanya wang dalam akaun 2 sahaja yang boleh kita keluarkan untuk proses membeli/ membina rumah. Akaun 1 tu boleh keluarkan tapi tunggulah umur kita 50 dan 55 tahun nanti.

Masa usia ni, bolehlah kita cari kontraktor bina rumah untuk buat ikut kemahuan kita. Macam Nas Nuri Construction, kontraktor banglo di Shah Alam. Itupun kalau ada tanah sendiri kan.

Minggu lepas, kami ke pejabat peguam untuk mengambil beberapa dokumen yang telah pihak mereka siapkan bagi memudahkan client mereka mempercepatkan proses pengeluaran kwsp akaun 2. Ini antara dokumen yang pejabat peguam beri.




Ada lagi dokument belum siap. Yang pejabat peguam beri ni yang telah mereka siapkan dan yang penting dokumen yang perlu ada untuk membuat pengeluaran kwsp akaun 2.

Oleh kerana ini rumah pertama saya manakala merupakan rumah ke-2 bagi en.suami, maka, hanya saya yang boleh membuat pengeluaran keseluruhan jumlah akaun 2 kwsp saya. Jumlah akaun 2 saya pula tidaklah banyak sangat setelah membuat pengeluaran tahun lepas berikutan menyelesaikan pinjaman ptptn.

Boleh baca Cara Selesaikan PTPTN Melalui KWSP untuk perkongsian pengalaman saya.

Mudah je proses pengeluaran KWSP untuk membeli rumah ni. Yang penting, dokumen yang diminta sudah lengkap.

1- Beratur di kaunter pertanyaan. Pihak KWSP akan menjawab persoalan kita. Contoh, untuk pengeluaran kwsp akaun 2 untuk membeli rumah. Pihak KWSP akan menyemak dokumen yang ada, kemudian akan meminta kita menyediakan photocopy dokumen yang perlu sahaja.

2- Pihak KWSP akan memberikan borang untuk kita isi. Isi borang hanya menggunakan pen berdakwat hitam dan HURUF BESAR.

3- Print out statement KWSP untuk mengesahkan jumlah wang yang kita ada. Statement boleh didapati di kiosk yang disediakan dengan menggunakan mykad kita. Atau, sekarang pihak KWSP telah menyediakan komputer dan printer di satu sudut bagi memudahkan ahli yang ada akaun e-ahli menyemak dan print statement kwsp.

4- Kembali beratur di kaunter untuk mendapatkan nombor giliran. Pihak KWSP akan menyemak borang dan dokumen yang diperlukan sekali lagi sebelum memberikan nombor giliran.


Proses pengeluaran akaun 2 untuk membeli rumah agak mudah. Perlu isi borang dan di dalam borang perlu isikan nombor akaun dan bank untuk duit bakal masuk nanti.

Di bahagian kaunter dalam pula setelah nombor giliran di panggil;

1- Pegawai akan menyemak perjanjian jual beli dan satu set dokumen akan mereka ambil untuk simpanan mereka. 1 set dokumen certified true copy ini memang telah diberikan oleh pejabat peguam.


2- Pihak KWSP juga meminta untuk menyediakan 1 set photocopy surat perjanjian bank. Photocopy akan mereka simpan.


3- Jangan lupa bawa sekali dokumen original bagi semakan pihak mereka.

4- Setelah semakan dokumen, pihak KWSP akan bertanya jumlah pengeluaran yang kita mahu buat. Kalau nak keluarkan semua dari akaun 2, silakan takde masalah.

5- Sediakan kad pengenalan diri bagi memastikan kita memang pemegang akaun.

6- Cop jari kiri kanan akan diambil bagi mengecop dokumen yang kita isi tadi.

7- Proses selesai. Pihak KWSP memberi jaminan duit akan masuk ke dalam akaun kita dalam tempoh 14 hari.


8- Kita akan dapat SMS dari mereka bagi mengesahkan duit telah masuk ke dalam akaun.