Ok, untuk membuat pembayaran penuh;
#1
Telefon centre bank yang korang buat pinjaman atau terus ke bank untuk pertanyaan. Contoh saya, membuat pinjaman pembiayaan di Bank Islam, maka saya telefonlah centre Bank Islam. Tujuan menelefon adalah untuk memastikan jumlah baki yang perlu kita langsaikan.
#2
Pergi ke bank cawangan untuk rujukan seterusnya. Untuk membuat pembayaran penuh, memang perlu ke bank cawangan terdekat. Pergi sahaja ke kaunter depan dan nyatakan tujuan. "Saya nak buat full settlement kereta"
#3
Pegawai akan meminta kad pengenalan dan menyemak baki yang tinggal. Kemudian, mereka akan menelefon HQ pula untuk pengesahan selanjutnya.
#4
Setelah jumlah dipastikan, pegawai akan memberikan slip (seperti di atas) untuk diisi. Nombor giliran akan diberikan dan tunggu hingga nombor dipanggil.
#5
Bila nombor dipanggil, segera ke kaunter yang tertera dan serahkan slip. Berikan kad pengenalan dan proses pembayaran pun dibuat dan selesai.
#6
Kembali ke kaunter pertama tadi (masa mula-mula datang) dan perli isi borang pengesahan penyelesaian pinjaman. Surat pengesahan akan sampai ke bank cawangan korang pergi ni dalam etmpoh seminggu hingga 2 minggu. Pihak bank akan telefon korang untuk mengambil surat tersebut.
Mudah kan? Ada duit, mudahlah. Alhamdulillah. Bulan ni habis RM892 untuk kereta viva saya ni. RM400 awal bulan bayar macam biasa. Kemudian, baki RM492 en.suami baik hati nak clearkan. Kih..kih.. bila lagi kan.
Lega sangat bila sudah bebas hutang. Tak sia-sia rasanya berkerja selama lebih 10 tahun, dapat selesaikan pinjaman kereta. Apa pun, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang Dia berikan.
12 Ulasan
tahniah! sha sokong tu, pakai je apa kita mampu buat apa nak puaskan mata orang kalau menyusahkan kita kan?
BalasPadamjemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html
alhamdulillah..cik nor jgk xabis2 bayar ni..hehe
BalasPadamAlhamdulilah..Tahniah Mar ..
BalasPadamalhamdulillah..bestnyaaa da selesai! nanti tunggu kete saya pulak lagi 3 tahun..boleh rujuk entri ni
BalasPadammemang seronok hidup tanpa hutang
BalasPadamel pun dah lama habis byr duit kereta..skrg pakai lah dulu kete lama tu..malas dah nak berhutang smpai 9 tahun lagi haha
BalasPadamassalamualaikum..
BalasPadamkebetulan pulak bulan ni last bayar duit kereta..
nanti geran tu akan dibatalkan kan?
lepas tu perlu tak pergi JPJ ?
betul tu, dh dpt geran ti kena g jpj utk dibatalkan...
PadamAlhamdulillah
BalasPadamLegakan... cikna pun dh hbis byr bln1 ritu tp smpi skunk xdpt geran lg pasni xmo dh guna bank muamalat, servis cam hampeh kot...'
BalasPadamKLau boleh tahu.. berapa rebat yg dapat daripada full settlement tu?
BalasPadamtengok bank. 2018 ni saya buat full settlement kurang beberapa ratus. tapi tahun lepas saya bayar full settlement kereta lain di HB kurang seratus je.
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.