Mudahnya Elak Sinki Tersumbat

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum

Mudahnya Elak Sinki Tersumbat | Saya nak kongsi tips mudah agar sinki rumah tak mudah tersumbat. Saya sudah duduk di rumah sekarang ni lebih 7 tahun dan mengelakkan sinki tersumbat adalah perkara utama bagi saya.
Apa tidaknya, di sinki lah saya perlu buat kerja-kerja membersihkan lauk basah, memasak dan mencuci pinggan mangkuk. Kalau tersumbat kan payah.

Inilah cara saya menjaga sinki dari tersumbat sejak bertahun-tahun. Nak kata leceh tu tidak lah.

Setiap kali bersihkan ayam atau ikan mesti ada sisa-sisa kan? Lebih lagi ayam, lemak-lemaknya tu kemain banyak. Oleh itu, selesai membersihkan, bila buang air, air tu saya akan tapis menggunakan penapis kelapa. 


Contoh dalam gambar tu saya pakai yang jenis steel.


Di lubang sinki pula saya gantikan penapis sinki tu dengan jenis ini, jenis jaring halus juga. Jadi segala mak nenek sampah tak lepas ke bawah. Hatta, sisa-sisa lauk akan tersangkut juga. Biasa saya akan buang sikit-sikit ke dalam tong sampah berplastik.


Penapis sinki ni saya beli di MR.Diy je dengan harga lebih kurang RM5.


Bila jaring penapis ni dah bocor, saya ganti baru. Tempoh untuk bocor pun agak lama bergantung pada penggunaan kita. Penapis yang saya guna ni sudah 6 bulan juga guna.


  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. ehh.. ada ye tapis utk sinki.. boleh la cari kat mr. diy nanti.. tapis sinki yg asal tu dah tercabut skru.. leceh pulak bila asyik xde tapis tu.. nanti sisa makanan semua masuk lubang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada..bertahun-tahun beli kat mr.diy je. ni pun dah lama tak masuk mr.diy ni.

      Padam
  2. Tq sharing nnt nk cari jugak la. ... Kenapa la xpernha tahu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. penapis sinki biasa tak dapat tapis semua ni kan..

      Padam
  3. kt umah mmg ada penapis gitu, kalu tak payah koje kite....

    BalasPadam
  4. wah bagus jugak perkongsian ni. boleh la beli jaring penapis tu ^_^

    BalasPadam
  5. Kalau sinki tersumbat sebab lemak2 tu
    siram dengan air panas menggelegak.
    In syaa Allah akan larut

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih perkongsian.betul tu.. nak elak dari siram air panas la ni.. tak nak asik tuang air panas je. leceh kerja..

      Padam
  6. kita pun tak suka kalo sinki tersumbat...kadang2 kita guna dapur, masak2, elok je tak tersumbat..
    bila orang lain guna dapur, habis tersumbat sinki..bukan nak pam balik, kita jugak yang kena pam keluarkan benda yang tersumbat....hurmmm...
    bila beli penapis sinki, ada yang tak suka pakai...dah, macam mana ha? stressss...hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh geram ada yang tak suka guna.. memang tersumbat lah sinki kalau semua benda masuk dalam saluran sinki tu.

      Padam
  7. Terima kasih pengkongsian mar nanti boleh cuba ni

    BalasPadam
  8. sy pn guna jgk bnda nie..klo x cnfirm bnjir bawah sinki umh sy air xboleh mengalir..😊🤗

    BalasPadam
  9. good sharing..kebetulan sinki kat rumah tu mmg dah lama problem..asik tersumbat...

    BalasPadam
  10. bagus jugak ni mar...nanti nak cari lah

    BalasPadam
  11. aah, memang mudah lau pakai penapis ni, bagus tips ni :)

    BalasPadam
  12. hai there! i'm blogwalking here^^

    sama, guna yang tu jugak!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.