Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Berapa Ansuran Bulanan Rumah Anda?

Assalamualaikum

Berapa Ansuran Bulanan Rumah Anda?| Rumah ni dah makan tahun siapnya. Proses pinjaman bank pun sudah selesai setahun yang lalu. Bagi yang sedang dalam proses membeli rumah, boleh baca pengalaman kami survey bank sebelum membuat pinjaman.

Selepas berjaya mengeluarkan jumlah di akaun 2 kwsp saya tahun lalu, kami telah membayar deposit rumah sebanyak 10% kepada pemaju.

Seperti yang telah peguam perumahan beritahu, pihak mereka akan memaklumkan kepada kami mengenai progress dokumen dan juga pembayaran. Yang buat saya geram, setiap bulan saya follow-up dengan pihak mereka tetapi masih tiada jawapan tentang jumlah bayaran yang perlu kami sediakan. Sehingga saya sendiri malas untuk follw-up dengan mereka.

Hinggalah kami dapat surat dari bank yang telah meluluskan pinjaman kami, perlu renew permohonan atau tidak pinjaman kami akan dibatalkan. Mana tidaknya sudah setahun lulus tapi bayaran belum boleh dibuat.


Kami dimaklumkan bahawa proses SPA yang melambatkan semua ni. 2 minggu lepas, ketika saya masih dalam tempoh berpantang, kami diminta ke bank semula untuk menandatangi renew insurans.

Maka, bulan Jun ini bermulalah pembayaran rumah flat kami. BLR naik tahun 2019 ni, maka ansuran bulanan rumah kami menjadi RM271.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. alhamdullilah
    anum bayaran bulanan rm1000++

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tu. rumah pertama en.suami bayar 800++

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Sha bayar dekat RM800..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang rumah pertama en.suami beli.yang rumah flat ni rumah ke2 tapi rumah pertama saya

      Padam
  3. Marsha setiap tahun kena renew insuran umah. Untuk May ni kena baya rm950 sebab plus dengan insuran umah. Kalau biasanya rm730-rm736 naik turun tgk blr.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code