Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Survey Bank Sebelum Submit Pinjaman Perumahan

Assalamualaikum

Survey Bank Sebelum Submit Pinjaman Perumahan |Kronologi Rumah Flat - Urusan Bank. 

12.01.2018 - Kami sign perjanjian pinjaman di Bank Muamalat. Alhamdulillah selesai satu step. Saya kongsikan sedikit pengalaman buat rujukan bersama dan kami jadikan pengalaman lalu (rumah kami beli tahun 2010) sebagai rujukan dan tidak mudah tertipu.

Atau jika anda rancang nak buat rumah sendiri, bagus baca tips yang dikongsikan di blog nikmat terbaik.

Apa yang PERLU dilakukan sebelum submit pinjaman perumahan?

- Dinasihatkan, sebelum submit loan di mana-mana bank, korang perlu bandingkan persen dan jumlah bayaran bulanan yang perlu korang bayar. Siapa yang tak nak bayar dengan harga rendah kan? Kena rajin survey sebab bayar rumah ni makan tahun. Macam kami, tempoh bayaran kali ini selama 360 bulan bersamaan 30 tahun. Berbanding rumah sebelum ini selama 25 tahun dan sudah jalan selama 8 tahun.


- Pastikan juga samada islamik atau konvesional. Perbezaan antara dua ini, konvesional ada naik turunnya manakala islamik bayaran adalah tetap meskipun bulanan mahal sedikit tapi bayarannya telah tetap. Ini juga menjadi iktibar kepada kami di mana rumah pertama membuat pinjaman dengan bank palang merah.

- Pastikan dokumen yang diperlukan lengkap untuk mengelakkan korang berulang alik ke bank jika tidak jelas. Tapi, zaman sekarang, guna email pun boleh.


- Pastikan juga insurans yang dicover oleh bank, samada korang beli rumah atas dua nama atau satu nama sahaja. Jika menggunakan dua nama, disyorkan ambil 2 insurans.
Tapi, kalau loan korang tak approved dengan bank yang korang pilih tu, bukan rezeki koranglah tu sebab setiap bank berbeza. Cuba submit di bank lain pula.

Selesai sign dokumen perjanjian dengan bank, baru kami tahu, sekarang wajib ambil skim wasiat pula. Untuk pemprosesan skim wasiat ini, kami perlu membayar sejumlah RM371.

Bayaran pemprosesan pinjaman bank pula sebanyak RM53 sudah termasuk gst.




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. moga dipermudahkan urusan Mar!

    BalasPadam
  2. Urusan dengan bank memang kena fikir masak masak sebab rumit dan jangka panjang. Silap haribulan dah mati pun belum selesai lagi

    BalasPadam
  3. nice sharing mar,wah...banyaklah rumah dia
    akak tag
    http://www.kisahsidairy.com/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    BalasPadam
  4. Selamat buat survey, elok buat solat istikharah mar supaya tak menyesal kemudia hari

    BalasPadam
  5. Betul tu, nak beli rumah benda besar dalam hidup. Selain halal dan haram, dapat pembiayaan islamik memang wajib. Elak riba

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code