Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kepentingan Thermometer Bila Ada Anak Kecil

Assalamualaikum

Kepentingan Thermometer Bila Ada Anak Kecil| Saya percaya rata-rata memiliki thermometer. Ianya sangat penting bila ada anak kecil untuk periksa dan pantau suhu badan mereka bila tidak sihat dan demam.

Thermometer ada banyak jenis dan boleh dibeli di farmasi berdekatan. Saya pun dari anak pertama memang stanby je thermometer. Bukan sahaja di rumah, saya bawa je ke mana-mana khuatir memerlukan saat kecemasan.

Sebelum ni saya pakai thermometer biasa yang perlu tunggu 1 minit untuk dapatkan bacaan. Tapi, sejak bateri thermometer tu habis, saya terus beli non-contact infrared thermometer.


Terdapat arahan dan cara penggunaan di kotak. Mudah sangat. Boleh semak suhu anak anda berserta warna.




Untuk menggunakannya, hanya perlu letak 2 biji bateri AA dan alat sudah hidup dan boleh digunakan.


Boleh lihat di skrin, "body temperature". Di dalam kotak turut disertakan arahan. Macam saya, dah setting siap-siap bunyinya.


Macam pistol mainan. Hanya perlu hala ke dahi bayi, tekan picu dan akan keluar bunyi "bip". Bacaan akan tertera di skrin. Pastikan setting "body temperature". Suhu normal berwarna hijau. Suhu dedar berwarna jingga. Kalau suhu yang membimbangkan, warna skrin akan menjadi warna merah dan keluar bunyi bip banyak kali tanda amaran.


Bila anak demam, memang akan periksa suhu sentiasa. Sentiasa lap badannya hingga suhu turun.


Tengok, dalam kereta pun saya bawa thermometer ni sebab untuk pantau suhu baby azri sentiasa. Dalam kereta juga saya akan lap badannya (jika saya bukan pemandu). Baby kecil ni bila dilap badannya dengan penuh kasih sayang serta bonding time dengan dia, cepat je baik demamnya.

Di mana saya beli thermometer non-contact infrared ni? Saya beli di Shopee dengan harga RM33 tidak termasuk postage.






Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. menarik jugak. Saiz a bit besar la tapi bukan kena usung 24/7 kan. letak dlm kereta ke. Okay jugak. nice tips sis.

    BalasPadam
  2. memang sangat penting Mar, kak ana yang tak ada anak kecil pun ada je satu kat rumah ni :)

    BalasPadam
  3. bagus ade alat macam ni senang nak dibawa ke mana mana.. nice sharing. done follow sini #1061 jemput singgah ke blog saya juga ye.. terima kasih.

    BalasPadam
  4. setuju sangat, alat penting kalau ada anak kecik

    BalasPadam
  5. mudah nya bila ada termometer macam ni...nak suggest kat adik la, senang dia nak cek suhu anak2 dia...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code