Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Warna Hijau Di Dapur

Assalamualaikum
Warna Hijau Di Dapur | Keinginan tu memang ada tapi tak pandai nak menghias rumah. Mungkin ada yang berkata, ada rumah sendiri tapi sayang tak hias rumah cantik- cantik. Haha..

Terus terang saya katakan, saya memang tak pandai menghias rumah. Bersihkan dan kemaskan rumah tu pandailah.

Oleh kerana hutang piutang saya dah selesai, barulah saya dapat menyimpan wang sedikit itu pun saya utamakan masa depan anak-anak. Maklumlah gaji saya bukan banyak macam korang.

Perancangan pertama, saya target dapur untuk dihias. Maklumlah pejabat ke-2 saya. Memang dah niat nak dapur penuh hijau-hijaun sebab saya suka kumpul barang tupperware dan tipuware warna hijau. Ada je warna lain yang terselit.

Suka sangat tengok corak alas peti ais dan penapis air ni. Kainnya tebal juga. Tahan lasak. Siap ada kocek dan riben comel.

Alas peti ais

Alas penapis air

Ini pula dapur saya buat masa ni. Gigih tau tampal wallpaper sebab nak nampak hijau. Mozek asal hanya berwarna putih. Bosan kan semua warna putih.


Bila dah ada warna hijau ni segar sikit mata memandang. Tapi, kalau datang malas, tetap malaslah juga. Tak boleh nak cakap apa dah..


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Waa cantiknyaa... Sy suka warna hijau..

    BalasPadam
  2. cantik hijaunya.. menenangkan mata..

    BalasPadam
  3. hias sikit-sikit, lama-lama makin cantik dan menyedapkan mata...hihi

    BalasPadam
  4. comei... akak pun tak reti menghias dapur... bersih2kan kemas kan reti tp nk lawo2 kan mmg tak reti

    BalasPadam
  5. wah..kemahin menghijau gitu kan..barulah semangat masuk dapur ye mar

    BalasPadam
  6. Cantik colour hijau..mata memandang sejuk ja..:)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code