Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Makanan Bayi Keluaran Izliyah Kitchen Jadi Pilihan Untuk Azri

Assalamualaikum

Makanan Bayi Keluaran Izliyah Kitchen Jadi Pilihan Untuk Azri | Bila anak dah boleh makan, ibu dia lah yang paling teruja sebenarnya. Biasa saya agak rajin mengisar beras sendiri. Tapi kali ni saja nak cuba produk homemade Izliyah Kitchen.


Untuk kali pertama mencuba, saya beli beras putih, beras perang dan set travel perisa sayur-sayuran. Teruja sesangat kan macam anak tu dah pandai makan banyak.


Biasalah kan bila bayi menginjak usia 5 bulan, dia sudah mula ada keinginan untuk merasa apa yang orang sekelilingnya makan. Kalau boleh semua benda nak masuk mulut. Macam Azri, dah 6 bulan baru saya beri makanan sepertimana yang disyorkan oleh para doktor.


Mudah sangat bila ada set homemade ni. Almaklumlah sejak anak 3 ni letih memanjang. Oleh kerana saya tak kisar beras buatan sendiri lagi, saya beri Azri makanan bayi homemade ni. 


Untuk pertama kali, saya cuba beras putih mudah masak. Memang halus sangat berasnya. Didihkan di atas api yang perlahan. Kacau hingga masak dan tidak berketul-ketul. Saya hanya cuba 1 sudu besar sahaja.


Setelah masak, saya tapis pula. Sebenarnya tidak perlu tapis pun sebab memang dah halus. Tapi, saya ni ibu yang extra caring, maklumlah kalau buat bubur kisar sendiri memang saya tapis untuk bayi yang baru nak belajar makan ni.


Saya hanya beri bubur yang telah ditapis. Tengok tu, sesudu untuk Azri belajar makan dan rasa-rasa dahulu. Sebelum suap anak, saya rasa dahulu. Rasanya memang seakan bubur tapis yang kita masak tu.


Kali pertama disuap, dia buat muka pelik. Mungkin sebelum ni dia hanya telan susu dan air liur sahaja. Tiba-tiba ada makanan solid pula yang ibu suapkan.


Untuk hari seterusnya, saya tambah pula perasa. Saya beli set veggie. Ada 3 perisa iaitu pumpkin (labu), pea (kacang) dan carrot (lobak).


Beras putih dan perisa labu saya tinggalkan di rumah pengasuh bagi memudahkan kerjanya. Maklumlah bukan anak saya seorang yang dijaganya.



Cubaan seterusnya beras perang bersama perasa lobak. Saya rasa sedap juga. 


So far, baby Azri makan je apa yang ibu dia suapkan. Yelah bila tengok abang kakak makan, dia pun nak makan juga sampai nak tarik pinggan.

Nak cuba produk ni? Untuk area pasir gudang boleh roger www.wasap.my/60137565403 dan untuk info lanjut, sila ke FB Izliyah Kitchen Homemade Baby Food.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Senang dan mudah anak-anak sekarang, zaman Sis dulu, semua kena buat dan masak sendiri...hari-hari nak kena blender dan fikir nak bagi makan apa kat anak..huhuhu

    BalasPadam
  2. makin banyak produk gini, memudahkan buat ibu yang bekerja... kejap je dh 6 bulan yek baby azri

    BalasPadam
  3. Senang dan mudah dgn produk homemade ni. Kita pun tak was2. Jimat msa hhe Blogwalking weekend sini :D

    BalasPadam
  4. Mudah nak sediakan bila dah ada pek macam ni kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code