Assalamualaikum
Kenangan AidilAdha 1441H | Sudah menjadi kebiasaan setiap kenangan pasti akan saya abadikan di dalam blog ini. Begitu juga dengan kenangan di hari raya. Rugi rasanya jika tidak disimpan di sini. Bukan apa, time bosan, boleh juga belek blog sendiri.
Raya Qurban kali ini kami pulang ke kampung halaman saya memandangkan hari raya puasa yang lalu tidak dapat beraya di sebelah saya. Covid melanda dan kami masih takut-takut untuk ke mana-mana dalam tempoh itu meskipun diberi kebenaran merentas daerah. Bernanah gak la telinga ni bila kena perli dengan makcik-makcik kat kampung tu, dok JB je tak balik kampung. Hahaha.. Apa-apalah makcik. Mak saya ok je.
30.07.2020 - Kami dah ambil cuti awal sehari. Tapi, memandangkan saya ni ibu anak tiga, mengemas dari pagi sampai ke tengahari baru selesai. Biasa rajin gak merendang tapi kali ni malas la pula kan. Nak bawa diri je.
Kami bertolak ke Majidi dalam jam 4 petang. Yela jumpa lah mak pak mertua dulu kan. Selepas asar baru gerak balik kampung. Tapi tulah, jammed pula di tol Skudai. Hambekkk.. Stuck selama 1 jam di situ. Singgah sekejap di RnR simpang renggam, pergi bilik air dan beli sedikit makanan. Anak-anak lapar pula. Ibu dia tak ingat nak beli roti.
Tak sangka pulak keluar dari tol Yong Peng tersaing pula dengan adik bongsu saya di hadapan. Kenderaan memang banyak malam tu. Yelah semua orang nak balik kampung kan lepas balik dari kerja. Maka kami just follow the flow. Sampai rumah emak abah lebih kurang 10.30 malam.
31.07.2020 - Keesokannya, seawal subuh saya dah mula menyediakan bahan untuk merendang. Merendang kali ni bukan dalam kuali ye seperti selalu tetapi menggunakan pressure cooker. Kalau nak tahu, pressure cooker jenama Philips ni merupakan hadiah ulang tahun emak saya tahun lepas. Belum pernah guna lagi. Makanya, hari itu saya merasmikannya dan sekaligua menunjuk ajar cara-cara menggunakannya.
Pressure cooker sekarang menjadi idaman para isteri sebab ianya memudahkan proses memasak. Sebab saya pun memang menggunakan pressure cooker. Mudah sangat ada gajet memasak seperti pressure cooker ni. Lepas tumis/ cebur bahan-bahan, setting dan tinggal je. Sesambil menunggu masa, banyak kerja lain kita boleh selesaikan.Selepas Zohor, sesi memasak untuk dibawa ke rumah Mak Anjang saya pula. Menu kali ni Nasi Jagung, Ayam Masak Merah dan Kari Kambing.
Sempat snap gambar Ayam Masak Merah je. Gambar yang lain dah terlupa dah nak ambil sebab sibuk benar jadi tukang masak kali ni. Selesai memasak, bersihkan diri dan solat Asar dulu sebelum bersiap dan gerak ke Felda Redong. Mak Anjang saya ajak buat doa selamat dan makan-makan sikit.
Saya mengenakan kebaya biru yang digayakan bersama tudung Fareha yang hot sekarang ni. Pilihan saya inspire dari Goose. Kalau nak tahu setiap koleksinya amat limited dan materialnya ringan serta ironless. Memudahkan para wanita zaman sekarang.
02.08-2020 - Masing-masing pulang ke sarang masing-masing. Kali ni saya masak sekali lagi Nasi Jagung dilawankan dengan Kambing Kuzi. Kalau nak tahu, inilah pertama kali saya memasak Kambing Kuzi setelah beberapa kali melihat post Kak
Hernee Nazir.
Sedap juga Kambing Kuzi ni. Macam menu majlis kawin pulak kan. Nak resepi Kambing Kuzi boleh klik
SINI Nak resepi Nasi Jagung boleh klik Resepi Nasi Jagung
Nota Hati : Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
2 Ulasan
Salam aidil adha 1441 H
BalasPadamSalam ziarah
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.