Resepi Ayam Panggang Ala Dominos

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Ayam Panggang Ala Dominos | Resepi ni salah satu resepi viral waktu awal PKP tahun lepas. Saya pun salah seorang rakyat marhaen yang gigih mencuba resepi viral ni.

Resepi ni mudah je tapi hasilnya memang superb sedap! Siyes gais saya tak tipu. Buktinya anak-anak minta masak lagi.

Ayam Panggang Ala Dominos

Bahan-bahan:-
- Sekilo drumstick (kalau nak guna bahagian lain pun boleh, terpulang)
- 120g sos cili
- 120g sos tomato
- 120g sos tiram (optional)
- 2sb madu (optional)
- 2sb gula
- 1sb garam
- 1sb serbuk cili
- 2sb lada hitam
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
- 60g butter / marjerin




Cara-cara:-


1- Masukkan semua bahan di atas. Masak sehingga butter cair. Kemudian, sejukkan.


2- Setelah sejuk, bolehlah lumurkan ke ayam tadi. Letak sedikit minyak.


3- Perap ayam. Letak bahagian chiller. Saya lebih suka perap semalam.

4- Bakar dengan suhu 180- 200 darjah celcius selama 30 minit. Saya bakar dengan air fryer je.





  • Share:

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.