Assalamualaikum
Double Decker Untuk Anak-anak | Bila ada anak-anak kecil, memang pening sikit kepala nak adjust bilik tidur diorang. Yelah, anak tengah membesar, baju bajan banyak, buku-buku sekolah, mainan diorang lagi. Dah la rumah saya ni comel aje, single storey dengan lebar 20'. Memang kena pandai-panda mengadjust, susun barang bagi nampak kemas dan teratur.
Katil doubke decker memang dah dalam wishlist saya. Berkenan betul dengan yang ini.
Color Life Ventti Double Decker / Strong Solid Wood / Splitable Bed / 1 Double Decker. Ada dua warna iaitu putih dah coklet. Harga dua warna ni pun berbeza tau. Yang warna putih mahal sikit. Memandangkan anak- anak mahukan warna putih, makanya saya belilah yang warna putih.
Teruja betul bila barang yang dalam wishlist kita sampai. Kalau nak tahu, bilik ni asalnya ada katil saiz queen. Jarang guna melainkan kalau ada tetamu datang tumpang tidur. Oleh kerana nak pakai double decker, terpaksalah letgo katil queen tu. Lagi pun saiz bilik tengah ni tak sesuai pakai katil saiz queen. Sempit.
Berbunga hati bila dah sampai.
Buka kotak, check dulu.
Manual pemasangan.
2 hari juga nak memasangnya. Maklumlah tukang pasang balik kerja dah penat. Saya macam biasalah jadi inspector je. Kalau salah pasang, cepat-cepat bagitau dia.
Bila dah nak siap pasang, 1 wood dowel pula tak cukup. Nampak tak satu tangga tak pasang? Terpaksalah menunggu wood dowel dipos pula.
Tapi, laju juga mereka pos. Selang 2 hari sampai lah wood dowel yang kurang tu. Dapatlah double decker disiapkan dengan jayanya.
Alhamdulillah. Ada space juga untuk letak barang-barang lain.
Apa yang paling best dengan katil ni, ia boleh separate jadi katil single kalau dah tak nak berdouble decker.
2 Ulasan
Samalah rumah kita, Mar. Single storey 20'
BalasPadamTeringat masa kecik2 dulu memang katil double decker la masing2 utk muatkan semua dalam satu bilik. Kami pulak semua perempuan, hihi
nampak selesa sangat
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.