Reward Diri Sendiri Dengan Samsung Galaxy A52

By Mar Mansor - 11:00 PG

Assalamualaikum


Reward Diri Sendiri Dengan Samsung Galaxy A52 | Sebelum ni saya ada kongsikan telefon bimbit jenama Vivo untuk Cik Aisyah. Boleh baca di SINI. Sebagai pengguna Samsung dari dulu, saya memang dah selesa menggunakan telefon bimbit jenama ni, jadinya jenama ini juga saya cari. Pada saya jenama samsung ni mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. Yang paling penting performance pantas bila buat kerja pejabat.


Setelah membuat perbandingan di website-website, membaca review-review pengguna, pilihan saya adalah Samsung Galaxy A52. Saya beli di cawangan Samsung di AEON Permas dengan harga RM1499. Apa yang saya dapat dengan harga ni? Saya dapat screen protector percuma, siap dipasang, casing handphone jenama Samsung dan coffee cup (seperti dalam gambar).



Casing handphone Samsung original ni berharga RM109 katanya. Apa yang special ye? Entah la, yang penting percuma, tahan lasak dan ada stand bahagian belakang untuk kita stand telefon bimbit tanpa penat pegang bila menonton movie atau video.



  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. tahniah...reward diri penting untuk memuaskan nafsu membeli kita ni... nak bg nama sedap sikit, kita panggil la reward

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.