Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac

Assalamualaikum

Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac | 01.08.2021 - Inilah tarikh saya menerima suntikan dos pertama. Disebabkan tak tahu keadaan di PPV macamana, memang seram sejuk jugalah saya ni. Perasaan takut melebihi teruja.


Saya ni dikira mendaftar lambat juga. Bukan anti vaksin tapi kalau boleh memang nak elakkan. Tapi, memandangkan ambil vaksin ni diwajibkan di sektor saya, terpaksalah layan.

Saya dan kawan sekilang menerima temujanji under PIKAS bertarikh yang sama cuma waktu yang berbeza.

Setiba di tempat menunggu, saya diminta menunggu dahulu. Kemudian, petugas meminta kami buka aplikasi MySejahtera dan mengeluarkan kad pengenalan. Sukarelawan memang ramai dan mereka guide sepenuhnya lebih-lebih lagi perlu mengikut SOP yang ditetapkan.


Petugas akan memberikan borang dan nombor giliran. Kemudian, kami diminta duduk dan isikan borang yang diberikan tadi.


Situasi yang agak senyap sunyi mungkin kerana jarak 1 meter. Apabila nombor dipanggil, pengesahan dibuat. Petugas menyemak mySejahtera. Kemudian diminta menunggu di transit seterusnya. 

Di situ, pegawai yang bertugas menerangkan tentang vaksin yang akan diberikan. Dia tanya samada berpenyakit atau tidak, ada alahan atau tidak, dan kesan selepas menerima suntikan.


Prosesnya sangat cepat dan pantas. Sedar-sedar dah masuk cubicle untuk menerima suntikan vaksin. Saya mengenakan t-shirt dan cardigan sahaja. Memang tidaklah beli blouse vaksin tu.


Usai cucuk, keluar dan diminta menunggu di kerusi yang sediakan. Kali ni perlu rehat dalam 15 minit sebelum nombor dipanggil.

Bila nombor dipanggil, dapat kad pengesahan menerima dos pertama vaksin dan kemudian perlu sahkan pula di aplikasi MySejahtera.


Kesimpulannya, untuk menerima suntikan vaksin, hanya perlu bawa badan, kad pengenalan, telefon bimbit (aplikasi mySejahtera) dan juga pen. Yang paling penting, baju yang bersesuaian untuk disuntik.


















Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulilah, moga terus kekal sihat ya Mar.. stay safe..

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah, saya pun dapat sinovac jugak dan dah selesai dua dos dah..semoga kita semua dilindungi Allah...

    BalasPadam
  3. Hai! Same here! Sinovac clan! Hehhee... Tahniahhhh.. Moga sihat selalu.. Saya pun samaaa.. Malas nak cucuk vaksin bagaim. tapi kilang dah atur ni, better hamek jela...Kang kena bebel

    BalasPadam
  4. Anda tidak keseorangan. Kebanyakan orang lain yang disuntik vaksin pun sebab terpaksa bukannya rela.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code