#2
Menghasilkan buku scrap.
Arahan aktiviti ialah perbezaan Ciptaan Allah dan Ciptaan Manusia. Maka gigihlah kami mencari majalah lama untuk mencari gambar ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Kemudian, guntingkan gambar tersebut dan kemudian tampal.
#3
Menampal kapas untuk menghasilkan awan.
Oleh kerana bebola kapas saya dah tinggal sikit sangat, carilah alternatif lain. Kebetulan bantal kekabu bayi lama masih ada. Dari tak pakai bantal tu, ambillah sedikit kekabu tu dan tampal.
#4
Membina model rumah menggunakan barang-barang terpakai.
Untuk membina model rumah perlu sediakan kotak yang tak pakai, gunting, kertas warna dan gam. Gigih juga mencari kotak dan kebetulan ada kertas manila di rumah. Kita gunakan saja.
Alif menampal pintu dan tingkap rumah. Senget benget kemudian saya betulkan.
Alif minta saya letak kerusi, katil dan barang- barang lain di dalam rumah. Tapi, kita bukan nak buat model pelan rumah. Nak pasang bumbung rumah ni.
Dan.. tada... siap..
#5
Kali ini, guna kertas bersaiz A4. Arahan melipat kertas bagi menjadikan baju kemeja ni mudah je. Cikgu ada share link di youtube. Kemudian, tambahlah aksesori sikit bagi nampak meriah.
Inilah sedikit sebanyak aktiviti seni sekolah tadika Alif. Cuma rajin tak rajinlah kami ni nak melayan. Kalau ada kesempatan memang seronok buat. Anak-anak seronok, kita pun seronok.
4 Ulasan
cantik hasilnya... aktiviti macamni selalu anak-anak suka, mereka lebih teruja dari kene baca buku atau buat latihan menulis...
BalasPadamSaya setuju. Aktiviti macam ni lebih baik untuk kanak-kanak berbanding asyik mengadap phone/tablet je.
PadamSalam, berkretif satu terapi.. Cantik krafnya..
BalasPadamSayaaa sukaaa subjek seni camnii mse belajo dulu...x stress sangat.. hehehe.. Sampai sekarang suka, tapi buatnya tak la.. tengok je selaluuu. Hahahaha
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.