Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Origami - Seni Melipat Kertas

Assalamualaikum

Origami - Seni Melipat Kertas | Origami sering dipraktikkan di sekolah tadika. Bersesuaian dengan umur kanak-kanak, aktiviti ini amat menyeronokkan disamping mengembangkan kreativiti mereka.


Origami (折り紙?, Dari ori bermaksud "melipat", dan Kami yang bermaksud "kertas") adalah seni rakyat tradisional Jepun melipat kertas, yang bermula pada abad ke-17 Masihi dan dipopularkan pada pertengahan 1900-an. 

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts’ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
============
Saya memang gemar dengan aktiviti ini. Pada saya, aktiviti sebegini mampu menajamkan akal, meningkatkan kreativiti dan menambahkan kesabaran anak.

Set origami ini saya beli di Mr.DIY. Set ini mengandungi kertas berbentuk segiempat tempat (agak banyak) yang berwarna dan bercorak berserta buku panduan.


Pelbagai bentuk boleh kita hasilkan dengan melipat kertas.

Antara yang saya suka lipat, ayam. Saya juga gemar melipat burung jenjang.






Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Wahhh..Dulu selalu buat baju & love...Sampan pun selalu..ekek

    BalasPadam
  2. rajinnya dia.. TB ni tak reti nak buta walau ada panduan pun.. haha.. alasan yea.. agak malas ngaku ajelah ye.. hehehe.. cantik awak buat..

    BalasPadam
  3. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    BalasPadam
  4. hahah el ni kategori pemalas nak wat origami ni

    BalasPadam
  5. akak pun suka buat origami dgn budak2..hehehe

    BalasPadam
  6. ooooh kt diy ada yek buku origami nih.... nk belikan jgk utk aiyan.... nk latih kesabaran dia ngn origami ni sbb dia mmg kurang sbr skit kalu benda2 yg dia buat, kadang mainan dia sndiri pun bila slh pasang tak boleh2 dia cuba dia nngis

    BalasPadam
  7. origami..benda yang paaaling failed masa sekolah dulu, huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code