Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aktiviti Mendeko Cupcake Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum

Aktiviti Mendeko Cupcake Yang Menyeronokkan | Kisah ni agak lama tersimpan di draft. Aktiviti masa PKP tempohari, sesambil BDR, melayan anak-anak agar mereka tidak kebosanan.

PKP 3 tidak sesunyi PKP 1, aktiviti menjual beli makanan COD agak rancak di taman saya. Cakap je nak makan apa, ada je jual.

Salah satu yang saya kira menarik, inilah. Set mendeko cupcake. Nak ajak anak-anak baking cake tak berapa sempat, yelah BDR kan, bukan bercuti. Jadinya, kita mendeko kek sudah lah.


Anak-anak excited betul bila set ni sampai. Dalam kotak ni ada 6 cupcake, tapi seller sedekah 2 cupcake, tu yang jadi 8. 


Ada 3 cream berbeza warna, chocolate rice, gula manik, mashmallow dan topper pelbagai kartun. Ok pa, not bad. Berbaloi beli.


Tangan masing-masing kayu nak mendeko kek. Jadinya, taram jelah ikut suka masing-masing. Yang pasti sebiji cupcake tak sempat di deko sudah di ngap oleh si kecik Azri.


Hasil mendeko by Alif dan Aisyah.


Sempat jugalah ambil gambar sebelum seretan cupcakes ni di telan oleh Azri.


Memang menyeronokkan aktiviti bersama anak-anak macam ni. Selain mengekspresasikan kretiviti anak, anak juga tidak bosan dan gembira.

Kalau nak lebih seronok, buat aktiviti membaking. Anak-anak akan lebih teruja dan seronok.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. teringin pula nak makan cup cake...sedapnya...

    BalasPadam
  2. Memang seronok aktiviti macam ni. Boleh asah bakat mendecor cupcake. Senang dah siap semua bahan dan alatan. Tinggal decor je kan.

    BalasPadam
  3. Memang seronok aktiviti macam ni. Boleh asah bakat mendecor cupcake. Senang dah siap semua bahan dan alatan. Tinggal decor je kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code