Assalamualaikum
Hadiah Anniversary Mungkin | Agak lama blog ini tak berupdate. Entah lah.. sejak TT menguasai media sosial ni, feel untuk update blog seakan hilang. Tapi, sayang blog ni.
Cerita ni dah lama juga. Sewaktu berjalan-jalan ni Giant Plentong, tiba-tiba en.suami masuk kedai jam. Saya ingatkan dia saja nak tengok-tengok jam tangan yang dia suka. Kalau ikutkan saya nak cincin baru sebab cincin lama dah dah ketat. Tapi boleh pula dia belikan saya jam tangan. En. suami cakap semua orang pakai jam, dia je tak pakai. Maksud dia tu, saya lah tu. Sebab saya ni tak pakai jam lepas jam tangan pemberian hantaran dulu dah mati. Ok la kan.. orang nak belikan, saya onz je.
Ada 2 warna untuk design macam ni. Muka jam warna hitam dan warna gold. Saya pilih warna gold macam ni sebab nampak macam emas kan. Berseri sikit kononnya.
Harga selepas diskaun. Lepas bayar terus pakai. Kad warranty simpan baik-baik ye.
2 Ulasan
wahh cantik hadiahnya
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki jangan ditolak.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.