Mula-mula bergotong-royong alih pasu-pasu bunga dan batu bata. Kemudian, bancuh simen dan tuang di sini. Abahlah yang menyimen, harap anak lelaki dan menantu lelaki memang tak reti uii.
Macam biasa yang terpaling rajin adalah Azri. Ke hulu ke hilir menolong atok kesayangannya. Sibuk menggodak simen bila lihat atoknya buat.
Keesokannya, pagi-pagi Azri dah bangun. Sibuk mengikut atoknya ke hulu ke hilir. Yang best layan budak Azri ni dia suka ambil gambar bila buat aksi apa-apa. Kalau saya tak ambil, dia yang minta, "ibu cepat ambil gambar"
Susun semula pasu-pasu bunga sambil merumput. Lebih kurang jam 11 pagi kami dah gerak pulang ke JB. Gerak awal sebab nak elak jalan jammed. Maklum sahajalah highway JB sekarang jammed tak boleh bawak bincang.
2 Ulasan
Kita tak tahu di mana kampung Mar. Jauh ke?
BalasPadamAzri ikut sekali menyimen la tu ya, tolong atuk, rajin Azri ni.
semoga Mar sihat2 sentiasa, seronok dapat balik kampung kan Mar :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.