Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembedahan Buang Hempedu di Putra Specialist Batu Pahat

Assalamualaikum


Pembedahan Buang Hempedu di Putra Specialist Batu Pahat | Saya mengetahui yang saya ada batu hempedu selepas saya mengambil suntikan booster akhir tahun lepas. Kiranya, sakit yang yang alami selepas mengambil booster tu satu asbab je. Kalau tak saya memang tak tahu kewujudan batu karang di hempedu saya.

Ekoran sakit sangat bahagian abdomen sampai saya nak bangun pun tak boleh, saya ambil inisiatif untuk buat scan bahagian abdomen. Memang ada batu di hempedu saya, sebesar 1.64cm. 

Selepas itu saya ke KK kawasan saya untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor keluarkan surat untuk ke pakar pembedahan HSI. Temujanji pertama saya di HSI adalah pada 13.4.2022. Dan di sinilah bermula check-up saya.

20.7.2022 - Temujanji untuk ambil darah bahagian hati dan berjumpa doktor. Alhamdulillah keputusan darah di hati saya baik-baik saja. Jadi, doktor beri temujanji berikutnya iaitu buat x-ray.

18.8.2022 - Temujanji buat x-ray. Tapi rupanya buat ultrasound juga. Kali ke-2 buat ultrasound, batu hempedu saya sudah membesar hingga 2cm.

5.9.2022 - Temujanji berjumpa doktor pakar pembedahan. Doktor suggest untuk buat pembedahan untuk elakkan ia terus membesar dan boleh mengakibatkan radang. Doktor masukkan saya ke slot subsidi kerajaan dan pembedahan akan dijalankan di Pura Specialist Batu Pahat. Terus terang saya katakan saya tak sempat berfikir panjang masa ni walaupon saya tahu saya memang akan tetap menjalani pembedahan jug satu hari nanti. Saya agak termangu juga memikir nak ke tidak sebab terlalu dekat jarak masa. Bulan 10 dah full. Kalau di HSI que mmg lama la. Akhirnya saya setuju je.

20.9.2022 - Temujanji kali ini saya perlu menjalani beberapa ujian. Seminggu sebelum membuat pembedahab saya perlu buat check-up untuk memastikan saya betul-betul takde penyakit lain. Ambil darah, ambil tekanan darah, ecg, x-ray. Alhamdulillah saya bebas dari penyakit kencing manis, darah tinggi dan bacaan jantung saya pun baik.


Setelah selesai ujian kesihatan, saya diberi surat dan beberapa helai dokumen untuk saya bawa ke Putra Speciaist Batu Pahat.




25.9.2022 - Kami 5 beranak gerak ke Batu Pahat. On the way ke Batu Pahat, singgah dulu di Kari Kambing 40 Hari, tapau kambing. Yela makan sebelum tak boleh makan nanti. Lebih kurang 1.45pm kami sampai di hotel ROOM.V. Saya sudah booked 3D2N di sini selepas confirm akan membuat pembedahan di sini. Agak dekat tapi jalan di sini banyak sehala jadinya kena buka Waze juga kalau tak sesat. Malam tu dah kena puasa dari jam 12 malam tapi saya dah puasa dari sebelum jam 10 malam sebab nak tidur awal.

26.9.2022 - Lepas subuh terus bersiap. Masa ni memang tak dapat digambarkan lagi betapa berdebarnya saya. Macam-macam juga fikir. 7.30 pagi kami sekeluarga gerak ke Puta Specialist. Masuk je, terus register di kaunter. Sekejap je, kemudian saya diminta buat swab test. 15 minit tggu, result -ve, boleh masuk dalam semula untuk buat ujian kesihatan. Sama mcam saya buat di HSI seminggu sebelum hadir.


Selesai menjalani ujian kesihatan, saya di tolak dengan kerusi roda ke bilik wad saya. Kemudian, nurse datang bawa surat untuk saya tandatangan. Masa ni tenangkan diri, happy-happy dengan anak-anak.



9.30 pagi, nurse datang ke bilik saya dan minta saya tukar baju pembedahan.



10.00 pagi saya ditolak ke bilik pembedahan. Macam-macam juga mereka tanya sebelum pembedahan dijalankan. Procedure biasa. Doktor sempat puji degupan jantung saya sangat cantik, kerja apa? Cantik la sejak ada assistant. Kemudian terus dah tak sedar. 

Sedar-sedar ada orang panggil nama. Saya hanya mampu buka mata dan angguk kepala. Pastu jawab ok-ok. Saya ditolak keluar dan dengar suara anak-anak memanggil saya, "itu ibu.." dan saya ditolak ke wad. Terasa juga pedih-pedih dan kesan bius membuatkan saya mamai. Saya perasan air dimasukkan ke badan, kemudian tidur.


Petang baru sedar. Nurse beri sedikit air mineral untuk saya basahkan tekak. Tak boleh minum banyak-banyak takut saya muntah. Bila dah ok, petang-petang dah boleh makan. Saya memang lapar tapi saya mampu suap 2 sudu je, dah terasa full. Sebelah malam saya boleh tidur, takde rasa sakit sangat, Cuma gangguan dari katil sebelah yang menangis kesakitan.

27.9.2022 - Doktor sahkan saya boleh discharge. Doktor sertakan summary discharge report dan hospitalization leave. 7 hari je termasuk sabtu dan ahad. Tiada bil kerana tiada bayaran, FOC. Semua ditanggung oleh HSI. Alhamdulillah rezeki saya dapat merasa layanan hospital swasta.



Ini dia batu-batu dalam hempedu saya selepas menjalani pembedahan Laparoscopy. Pembedahan saya berjaya dan tidak perlu prcedure lain. Sekarang, saya dah takde hempedu. Dah tak boleh makan sesuka hati lepas ni.





Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. alhamdulillah semua berjalan lancar, rasa debar nya tu memang tak boleh kata apa bila nak masuk bilik bedah kan.

    BalasPadam
  2. ooo baru tau ada slot kerajaan di hospital swasta. semua negeri ada ke atau hanya di Johor. Semoga cepat sembuh tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program yang dioffer ni sampai 31oct22 je. Itu pon sebab kita lama pandemik kan, banyak appoinment yang tertangguh. Kerajaan bekerja sama dengan hospital swasta untuk bantu ringankan beban. Mcm surat tubtilis

      Padam
  3. Oh, dia buang dengan hempedu sekali ya. Besar batunya kalau dah sampai 2 cm. Tq share prosedur, risau jugak makin tua ni macam2 penyakit datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena buat medical check-up tiap tahun bila usia makin meningkat. tak sedar kita ada penyakit.

      Padam
  4. Alhamdulillah Mar selesai jalani pembedahan. Besar jugak batunya tu.
    Baru tau ada slot kerajaan di hospital swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau baca surat tu untuk tempoh tertentu je. sebabkan covid hari tu banyak temujanji tertangguh

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code