Pricelist ultrasound scan di sini. Boleh pilih pakej yang anda berminat. Saya memilih Abdomen Scan iaitu pemeriksaan imbasan bunyi untuk bahagian abdomen. Pakej ini bersama gambar dan report. Untuk buat abdomen scan, pesakit perlu berpuasa dari malam hari, makanya scan hanya dilakukan pada sebelah pagi.
Ini pula surat rujukan dan scan report dari klinik.
Mesti ramai nak tahu kenapa dengan saya? Sebab booster ke?
Selepas ambil booster, badan saya sakit dan paling terasa bahagian perut macam saya ceritakan di atas. Memang terasa la sakit tu. Hasil dari buat ultrasound, ada batu dalam hempedu saya. Ada saiz kecil-kecil macam pasir tu boleh hancur kalau makan ubat. Yang saiz besar tak boleh hancur dah, sebab saiznya sudah 1.64cm. Itu adalah punca kenapa saya sakit perut tiba-tiba dan rasa cepat kenyang bila makan selain angin dari perut. Saya didiagnosis menghidap cholelithisis atau dikenali batu hempedu.
Sebenarnya lama dah rasa kembung perut, angin ni. Kadang tu sampai rasa migrain. Lepas tu rasa macam ada benda keras menekan bila tunduk lama-lama. Tapi sebab takde rasa sakit jadinya ignore je. Lepas booster, mungkin sebab badan kita lemah dan sakit-sakit, jadinya tu yang sakit tu betul-betul terasa.
Kemudian, doktor cantik, baik hati dan peramah di klinik MyFamily tu tolong saya booking appointment di KK untuk rawatan selanjutnya. Alang-alang dah MC kan, saya teruskan jela.
Perkhidmatan Norma Baharu Klinik Kesihatan, korang perlu buat temujanji online ye sebelum ke klinik. Saya dapat book temujanji dengan doktor jam 2 petang.
Cut story, setelah doktor baca scan report dan referral letter, doktor KK terus keluarkan surat ke HSI. Saya perlu ke HSI untuk dapatkan tarikh temujanji di bahagian Klinik Pakar Pembedahan dan inilah tarikh yang saya dapat. Bulan puasa nanti.
Sekarang dah lepas 2 bulan booster, takde rasa sakit dah. Cuma bila saya rasa penat saya mudah tertidur.
8 Ulasan
Sakit batu hempedu ni, memang sakit menekan kan.. semoga dipermudahkan urusan Mar nanti, diringankan kesakitan dan segera sembuh.
BalasPadamMoga baik-baik aja buat Mar yaa.. Sis baru ni buat full medical, alhamdulilah semuanya okay, cuma kadar gula je bacaan dah border huhuhu
BalasPadamSemoga cepat sihat...SA doakan yang baik2 aje buat sis....
BalasPadamAisehman...bedah bulan posa pulak. banyaklah nak kena mengganti nanti.
BalasPadamTapi takpelah...kita follow je demi kesihatan di kemudian hari.
Semoga terus sihat
Uii.. ada batu... Moga terus sembuh, sihat dan dipermudahkan urusan ye kak
BalasPadamMungkin jadi satu asbab jugak tahu ada batu. Tahu awal dan boleh buat rawatan selanjutnya. Semoga dipermudahkan segala urusan akak nanti. Take care kak , semoga cepat sembuh. Aaaminn...
BalasPadamMungkin jadi satu asbab jugak tahu ada batu. Tahu awal dan boleh buat rawatan selanjutnya. Semoga dipermudahkan segala urusan akak nanti. Take care kak , semoga cepat sembuh. Aaaminn...
BalasPadamMertua ena penah operation kes camni. Banyak lah pantang larang xbole makan benda berangin contoh macam petai, teh o. Air 3 in 1 pon doc x bagi. Semoga dipermudahkn urusan Aaminn
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.