Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

X-ray Untuk Mengesan Batu Karang

Assalamualaikum

X-ray Untuk Mengesan Batu Karang |  Sebelum ni saya kongsikan kisah saya buat ultrasound bahagian abdomen. Ini pula kisah en.suami. Tempohari teman en. suami ke KK jauh sikit dari rumah sebab KK berdekatan appoinment dah full dan tak sanggup nak menunggu di situ. Paksa jugalah dia ke KK sebab teruk sangat sakitnya.

24.01.2022 - Saya dah bawa ke klinik swasta untuk dia dapatkan rawatan di situ. Seperti biasa doktor cakap gastrik dan doktor bekalkan ubat berkenaan penyakit yang dia perlu makan.

25.01.2022 - Dek kerana kesakitannya tidak berkurang, masih lagi menahan sakit hingga berguling-guling, saya ajak en.suami ke KK pula. Pagi tu tak jadilah saya pergi kerja, terus buka website untuk book appointment di KK. Agak bertuah juga kami hari tu kebetulan di KK tersebut ada practical student medic, mencari pesakit yang datang ke KK untuk mendapatkan rawatan doktor. Kami pun ikut jela dia. Alhamdulillah, lebih mudah urusan sebab terus ke bilik doktor.


Doktor keluarkan surat untuk buat urine test dan x-ray pada hari yang sama. Dah dapat result nanti kembali ke bilik doktor yang merawat tadi. Kami ke kaunter urine test dahulu kemudian baru ke bilik x-ray. Hasil ujian air kencing mendapati memang ada darah dalam air kencingnya.


Manakala hasil x-ray pula ada batu karang bersaiz kecil. Doktor maklumkan memang sakit dan bakal akan sakit berguling-guling lagi. 


Doktor beri transkip ubat untuk diambil di farmasi KK dan turu memberikan nama ubat yang perlu dibeli di farmasi. Ubat itu bertujuan untuk menghancurkan batu karang dalam badan. Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan rasa sakit bila batu dah hancur dan mudah untuk ia keluar.


Di farmasi pula mereka suggest supplemen Botanical Beverage Mix of Tart Berries, Cranberries and Acerola untuk flush out batu karang yang sudah hancur. Supplemen ini berbentuk serbuk dan perlu dibancuh dan diminum 2 kali sehari.

Alhamdulillah sampai ke hari ini sakit en.suami semakin berkurang. Boleh bekerja seperit biasa. Cuma ubat tahan sakit tu perlu ada dan dibawa ke mana-mana, takut tiba-tiba sakit menyerang. Sekurang-kurangnya ubat tu membantu mengurangkan kesakitan.









Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Cik nor pernah rasa sakit batu karang ni..sampai seminggu xblh makan.asyik mkn keluar balik..huhu

    BalasPadam
  2. Mar, kotak ubat URI tu sama macam yang husband Sis minum.. dia hrtu suspek batu karang sbb kencing sakit, makan habis dua kotak, elok pulakk dah.. Mar minum jee tu..

    BalasPadam
  3. abah saya pun hari tu sakit ini juga. semoga baik2 aje semuanya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Kena standby je lah pain killer dan konsistent makan ubat ikut saranan doktor. Semoga kembali sembuh. Aaminn...

    BalasPadam
  5. Mak baru je lepas admit sebab batu karang bulan lepas. Memang sakit. Mula-mula ingat gastrik, siap scope bagai. Sudahnya lepas scan semua, memang Mak ada batu karang dekat hempedu dengan buah pinggang. Risau juga, kena minum air banyak-banyak lepas ni.

    BalasPadam
  6. sakit tu sampai guling2 get well soon

    BalasPadam
  7. pernah nampak husband sakit sampai nak tegakkan badan pun payah

    BalasPadam
  8. Ya Allah sakit tu. Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  9. cr content pasal br krg..bagus..boleh wat reference..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code