Assalamualaikum
Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | Diakui sejak pandemik kita dapat melihat dan merasai ekonomi agak meleset hingga berlakunya pembuangan pekerja dan perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa. Mungkin ada segelintir yang tidak terjejas tapi kebanyakan usahawan terkesan dengan situasi ini.
Tentang RichWorks
RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) ditubuhkan pada tahun 2008 adalah sebuah syarikat atau Platform untuk bantu Usahawan menjadi usahawan yang berjaya.
Ia bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut dikenali di Asia Tenggara. Bagi usahawan dan rakyat Malaysia, RichWorks adalah syarikat bimbingan para usahawan yang melahirkan usahawan jutawan.
Pandemik yang melanda seluruh dunia beberapa tahun ini tidak menghalang dari RichWorks terus membantu para usahawan Malaysia. Kemudian, negara kita turut diuji dengan musibah banjir dan turut memberi kesan kepada syarikat mereka namun ia bukan halangan bagi mereka untuk terus bangkit dan membantu para usahawan.
Kenali Datuk Wira Dr Azizan Osman
Tidak asing lagi, pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.
Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.
Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International.
Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan kongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.
Dr Azizan mengkaji banyak perkara dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah negara jangka malah telah disebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Paling terkesan adalah kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Bukan satu angka yang sedikit kenaikkannya dan pasti rakyat akan rasa terbeban.
Sebab itu, kritikalnya untuk para usahawa ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah untuk terus bangkit pada tahun ini.
Semalam, Dr Azizan berpeluang bersama-sama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina. Agak sedih bila mengetahui bahawa memang banyak syarikat sedang tutup dan paras-paras hidung. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak jalan yang perlu dilakukan, selain kurang ilmu dalam pemasaran.
Dr Azizan juga sedar bahawa sebenarnya untuk memulakan semula bisnes dari kosong adalah susah bila beliau ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Untuk pertama kali, Dr Azizan tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini berlaku berikutan pasaran bergerak agak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Orang ramai lebih cenderung menyimpan wang berbanding berbelanja kerana takut dan khuatir dengan situasi sekarang.
Beliau berkata lagi, kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Terlalu banyak maksud tersirat dalan kata-katanya hingga mampu membakar semangat para usahawan untuk terus bangkit.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan beliau, mungkin anda tergolong dalam golongan tak bersyukur jika tak buat betul-betul untuk terus berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, mereka berjuang betul-betul untuk berkembang dan mengekalkan momentum mereka. Inilah yang terbaik.
Beliau mengulang lagi, pasaran kini agak perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Ye, orang ramai takut berbelanja lebih. Lagi pula rakyat kian tertekan kerana kos sara hidup semakin tinggi berikutan kenaikan harga barang.
Dr Azizan menambah lagi, jikalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Kata-katanya kedengaran agak 'pedas' tapi itulah kenyataan yang perlu kita hadapi.
"Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi."
"Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?"
Beliau menambah lagi, besar kemungkinan gagi yang sudah ada bisnes, mereka sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Sebenarnya tidak boleh begitu. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, besar kemungkinan anda akan ketinggalan.
Jom luangkan masa pada Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Sertai channel telegram Richworkshttps://bit.ly/vcdwdao
2 Ulasan
terbaik~
BalasPadamTahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.