Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Masak Kerutuk Adabi

Assalamualaikum

Resepi Ayam Masak Kerutuk Adabi | Sebenarnya pernah la makan sekali rasanya masakan ni. Tak ingat bila. Beberapa minggu ni teringin pula menu ayam kerutuk. Entah lah kenapa teringat kerutuk je. Jadi, terpaksalah masak.

 Kerutuk juga disebut kerutup merupakan makanan pantai timur. Selain daging, ayam pun boleh tapi biasanya orang guna ayam kampung. Rasa kerutuk ni seakan rendang, cuma ada beza sedikit lah rempah kerutuk ni. Warnanya pun lebih gelap berbanding rendang. Dan menerusi perkongsian yang saya baca, masak kerutuk adalah antara juadah yang menjadi pilihan ketika hari raya. 


Ayam Masak Kerutuk Adabi


Bahan-bahan untuk seekor ayam. Saya masak dalam 1/2 ayam je, jadi saya kurangkanlah bahan-bahan.


Bahan-bahan untuk kisar halus:
4 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan untuk disangai:
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kucil biji jintan manis

Bahan-bahan lain:
1 ekor ayam
1 cawan minyak masak
Rempah sekawan, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih
1 sudu besar cili kisar 
1 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
25g/ 4 sudu besar rempah kerutuk - saya guna Adabi
1 helai daun pandan
2 keping asam gelugur
Santan
Sedikit gula nisan
2 sudu besar kerisik
2 biji kentang
Kicap karamel - optional
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:


1- Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
2- Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
3- Sangai bahan-bahan sangai lebih kurang 4-5 minit atau sehingga naik bau dengan api perlahan. Kemudian, tumbuk atau kisar.
4- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus bersama 4 rempah sekawan hingga kering, kekuningan dan naik bau.
5- Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau hingga pecah minyak.
6- Masukkan ayam, daun pandan dan tutup. Biarkan ayam separuh masak dan kuah sedikit kering.
7- Kemudian, masukkan santan, sedikit gula nisan, rempah yang disangai dan ditumbuk tadi dan kentang.


8- Reneh hingga ayam masak.
9- Kemudian masukkan garam secukup rasa, kerisik, kicap karamel (saya bantai bubuh kicap biasa 1 sudu), serbuk perasa kalau suka. Biarkan ia masak sehingga kuah naik minyak.

Macam saya, saya tutup nak bagi cepat empuk. Kemudian baru keringkan kalau kuahnya banyak. Saya suka ada kuah sikit la. Kuahnya sedap juga kalau dicicah roti ye.


Dapatkan lebih banyak info di channel-channel Telegram ini









Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Alaaaaa...kenapa tengok time ni...terus rasa nak plak.....SA x pandai sangat masak Kerutuk ni...boleh la belajar buat nanti...

    BalasPadam
  2. pernah masak guna rempah ready made..sedap gak

    BalasPadam
  3. Paket pes yang adabi ni memang sedap, pernah try sekali.. ni lama tak buat, nanti nak buat laa, guna daging pun sedap...

    BalasPadam
  4. memang suka makan gulai kerutuk daging. jika ayam ni x bape suka tp makan juga.

    BalasPadam
  5. Lama tak masak kerutuk ni. Sedap gak rasa dia. Mula-mula macam pelik tengok nama dia, lepas dah cuba sendiri. Eh sedap rupanya. Kena dengan citarasa..

    BalasPadam
  6. yum yu \m sedapnya lauk fav mama

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code