Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Arab Talam Seri Alam

Assalamualaikum

Nasi Arab Talam Seri Alam | Ini merupakan kali ke-2 saya order Nasi Arab dengan sis Lieya Abdullah. Order kali pertama sebelum ni saya beli set couple., makan untuk 2 orang. Tak de la ambil gambar masa tu, terus je makan tak ingat dunia sambil tengok drama tv.

Selang beberapa hari terasa nak makan Nasi Arab lagi. Saya wasap nak order, tapi, sis ni ada hal, dia tak jual la haritu. Minggu lepas, order lagi. Kali ni beli set untuk 4 orang makan. Ambik kau, sampai tak terabis pula makan.


Untuk set 4 orang makan, dia bagi sedulang macam ni. Sebagai peminat kambing, haruslah order kambing. Saya suka kambing bakarnya. Sedap la pada tekak saya ni.


Aromanya menusuk-nusuk setelah plastik dibuka.


Set Nasi Arab Talam didatangkan dengan nasi arab, kambing atau ayam (bergantung pada order pelanggan), sup, sambal cili dan salatah atau salad sayuran. Pada tekak saya ni, kambing perap dan sambal cilinya sedap. Sambal cili tu kalau cicah dengan lauk lain pun sedap. Cik Aisyah pun suka sambal tu. 


Oleh kerana kuantiti nasi arab ni agak banyak, saya asingkan nasinya siap-siap. Seperti biasa, nasi saya terus masuk ke dalam rice cooker, senang kalau nak re-heat. Boleh tahan banyak la nasi tu pada saya sebab cecah 1.2 liter. Set macam ni baru RM50 tau, berbaloi sangat pada saya. Mana tak nya, kalau nak buat kira-kira, sepeket kambing perap sahaja dah RM35 (kalau nak mudah la mestilah beli dah siap perap). Oleh kerana saya ni malas, beli jelah dah siap, terus boleh makan.


Dah le senang, mudah pastu boleh makan berkali-kali pula tu cuma tang kambing tu memang perlu tambah sendiri la nampak gayanya. Saya terpaksa la tambah ayam sendiri. Bukan apa, perangai anak-anak ni kadang pelik sikit. Kadang tu nak makan kambing, kadang nak ayam. Takpe, bab ayam boleh perap dan bakar sendiri mengikut citarasa mereka.




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alahai...fav anak dara SA ni...sedapnyaaa...nampak kambing tu terus teruja

    BalasPadam
  2. wahhh menggoda sungguh nampak banyak kambingnya tu... murah la kalau set gini baru rm50....

    BalasPadam
  3. Waaa kambing ek... nak save laa nombor dia, nantui nak order.. nampak sedap.. tapi kena sendiri cuba...

    BalasPadam
  4. Murahlah tu RM50. Kalau kedai nasi arab dah berapa dah tu utk 4 org makan. Bila anak request ayam, dapatlah maknya makan kambing lebih, kannn.

    BalasPadam
  5. Sedapnya lama tak makan nasi arab macam nih..harga murah dah tu kalau banyak gini.

    BalasPadam
  6. Uiii sedap tu..Sesekali layan nasi arab berlaukkan kambing perap macam ni, layanzzz...

    BalasPadam
  7. tengok pun dah rasa sedap...boleh cuba nanti

    BalasPadam
  8. aduyai sedapnya byk gak potion tu. boleh try cari nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code