Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Suntikan Vaksin Dos Penggalak

Assalamualaikum

Pengalaman Suntikan Vaksin Dos Penggalak | 24.12.2021 - Tibalah tarikh temujanji saya untuk dos penggalak. Berdebar tau nak pergi. Sebab tak sangka dapat temujanji dari Mysejahtera terlalu cepat.  2 dos yang lepas pun rasa macam baru je ambil, tup-tup kena cucuk untuk penggalak pula.

Saya telah menerima dos pertama dan kedua di PPV Mount Austin under PIKAS.

Suntikan dos penggalak saya dapat di Poliklinik Penawar Taman Rinting. Dekat dengan rumah dan tak jauh juga dengan tempat kerja. Temujanji yang ditetapkan adalah pada jam 5 petang tapi saya menerima panggilan dari klinik untuk datang awal sekitar jam 11 pagi - 12 tengahari. Saya, ok jelah.

Sampai di hadapan klinik, terus parking kereta. Kemudian, terus ke khemah putih sebelah klinik. Beraturlah sekejap sebab tak ramai orang.


Seperti ambil dos kali pertama, kali ini, dos penggalak pun perlu si borang persetujuan dahulu. Dah datang serah diri, setuju jelah. Malas nak memikir. Isi..isi.. sign. Done!

Saya dapat vaksin pfizer untuk dos penggalak ni.


Masuk bilik cucuk. Selesai. Ke kaunter lagi satu. Dia suruh klik-klik kat mysejahtera tu. Then, refresh kat profile. Dah ada update dah. Laju betul kan. Ok, dah balik!


Stanby panadol untuk kecemasan.


Vaccine status di Mysejahtera saya.


Apa kesan yang saya rasa selepas ambil booster?


Rasalah kena cucuk tu. Pastu takde apa. Ok je lagi boleh drive pergi balik kerja. Esoknya PH, hari natal. Satu hari dengan anak. Tangan memang dah rasa sengal la dari malam. Pantang tersenggul, rasa nak tampo je. Petang sabtu badan dah mula rasa tak best. Telan jela panadol 2 biji. Beli 2 papan takkan tak makan kan. 

Pastu rasa nak tidur, letih. Esoknya ahad pagi, nak bangun dari tidur perut rasa cramp. Sebenarnya dah rasa sikit sakit2 tu dari malam sabtu. Makan bubur 2,3 suap pon dah rasa kenyang. Tak lalu nak makan dah. Tapi, punca sakit perut tu sebab kes lain. Takde kena mengena dengan booster. Asbab je.

Ok, hari ke-3 lepas booster dah ok dah. Boleh je buat macam-macam. Takde rasa sengal ke hapa dah dengan syarat jangan la picit lengan saya ni. Tu memang la sakit balik.






Catat Ulasan

3 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code