Majlis Persandingan Adik Bongsu - 2

8:39 PG

Assalamualaikum

Majlis Persandingan Adik Bongsu - 2 | Selesai majlis di sebelah perempuan, selang seminggu, majlis di sebelah lelaki pula (kami). Ikutkan perancangan, majlis kenduri doa selamat dan makan damai je. Tapi, kakak sulung sponsor pelamin, maka bersandinglah mereka buat kali ke-2.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan bermacam kerja, akhirnya hari yang ditunggu menjelang tiba. 09.12.17, tarikh majlis persandingan adik bongsu di sebelah kami.

Pagi-pagi subuh Pak Uda sekeluarga dah sampai. Pak Uda akan menebar roti canai sebanyak 100 keping. Pak Uda sponsor. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua pembaca, Pak Uda saya ni memang membuat dan menebar roti canai viral di Masai. Pernah viral di FB.

Pembantu menggoreng roti. Yang baju oren tu tukang order je.


Semangat pagi-pagi pekena roti canai. Sedap tau roti canai Pak Uda saya ni. Lembut dan rangup.


Bila catering mula menyediakan juadah, si kecil ni sibuk la minum air. Asik tuang air sendiri. Kecik besar kecik besar je ibu dia ni tengok dari jauh.


Jam 10 pagi, marhaban dimulakan. Alhamdulillah majlis marhaban berjalan lancar.


Ok lah, layan sedikit gambar sekitar majlis.








Semoga mereka dipanjangkan usia, berbahagia, ceria selalu dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah. Semoga mereka dikurniakan zuriat secepatnya. Yang pengantin lama dua pasang tu pun sama. Moga apa yang mereka hajati tercapai. Amin..


You Might Also Like

5 comments

  1. bestnya lama tak mkn nasik kenduri.. rindu nk mkn ayam masak merah dgn acar..sedapnya !

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah urusan semua dah selesai

    BalasPadam
  3. Cantik combination biru & merah... =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.