Review : Electric Breast Pump Momo House

By Mar Mansor - 10:00 PG

Assalamualaikum

Review : Electric Breast Pump Momo House | Masa anak ke-2 dulu memang saya sanggup berhabis duit untuk beli breast pump. Memang dah niat nak cuba sebaik mungkin untuk pam susu badan.

Tapi, sejak sudah menyedari akan keadaan diri yang kurang sempurna berbanding ibu lain, kali ke-3 ni saya beli breast pump biasa-biasa je. Murah betul, RM28 sahaja. Suctionnya ok je sebab saya pam susu keluar je. Sebelum ni saya guna breast pump yang berjenama, kuantit susu tetap sama je.

Sebelum saya beli electric breast pump ni, saya dah beli jenama Treenie tapi preloved je. Owner guna kejap je. Tapi, dek kecuaian saya ketika mengemas, saya terbuang part penyambung tertentu. Tak boleh lah nak pakai. Sebab tu saya beli breast pump lain.

Bukan tak nak beli yang lain (orang kata yang lebih baik) tapi sebab sendiri dah tahu akan kekurangan diri.


Review : Electric Breast Pump Momo House

Simple je part breast pump ni. Comel pula tu berwarna pink. Untuk pengetahuan semua, ini breast pump jenis light duty ye bukan heavy duty.

Senang nak bawa ke mana- mana kalau macam ni. Beg kecil pun muat je.


Saya tambah puting ketika membuat pembelian senang bagi baby direct lepas pam. Part nya pun mudah sangat. Sambung-sambung dah boleh guna. Nak cuci pun senang.


Cuma ianya lebih baik guna power bank sebab light duty kan. Ianya berfungsi dengan baik je.


Sedutan pun ok. So far sekali pam dapatlah 0.5oz. Segitulah kuantiti dari dulu-dulu pun. Apa-apa pun saya dah bersyukur. Sikit atau banyak, baby masih lagi menyusu badan meskipun dah canpur susu formula.

Bersyukur juga diberi rezeki mengandung dan melahirkan zuriat sebanyak 3 kali. Wanita lain ramai yang masih menanti rezeki zuriat mereka.

Kalau kita sebagai wanita boleh menjaga hati wanita lain yang belum memiliki zuriat, kenapa tidak kitanjaga hati wanita yang tak mampu menyusukan bayi mereka?

Jom baca kisah-kisah baling belakang saya ni, moga info ni berguna untuk semua.





  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. haiii, singgah blogwalking ^^
    https://ailya-saffaa.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.