- 1 mangkuk cili kering (kisar)
- 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin kecil tomato puree
- 3 sudu sos tiram
- Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (dikisar halus)
- Bunga lawang & kayu manis (untuk menumis)
- 2 labu bawang merah besar (besar)
- Serai (ketuk)
- Kiub pati lembu atau ayam atau ikan bilis
- garam gula secukup rasa
Cara-cara;
1- Bersihkan tulang gear box dan rusuk. Saya salut dengan tepung gandum dahulu sebelum cuci dengan air bersih. Tujuannya untuk mengurangkan bau hanyir.
2- Rebus tulang gear box dan rusuk tadi bersama hirisan halia dan serai sampai dagingnya empuk dan lembut.
3- Untuk memudahkan kerja, masuk je Noxxa. Saya set HP 30 minit untuk merebus tulang tadi.
4. Sambil menunggu Noxxa, macam- macam kerja lain boleh dibuat. Boleh la sediakan bahan lain.
5- Kisar bahan kering. Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang.
6- Selepas 30 minit, dah release wap, boleh la bukak penutup. Wow sangat kejadiannya.
Biarkan sejuk dulu. Airnya jangan dibuang. Penambah rasa tu.
7- Seterusnya. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar iaitu bawang merah, putih, halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi). Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.
8- Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masak sampai betul- betul pecah minyak. Masa ni aroma dia memang menggiurkan.
9- Boleh juga tambah kentang dan lobak merah. Macam saya, saya tak tambah.
10- Seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta tulang gear box dan rusuk tadi. Masak sehingga mendidih.
11- Akhir sekali masukkan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
12- Saya set Noxxa dengan HP 15 minit lagi.
13- Setelah bunyi ting, release wap.. tadaa...
Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera!